Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Petai Dan Baunya

Khasiat Petai Dan Baunya. Bau dah lah busuk, bila kencing atau buang air semalaman pun tak hilang kesannya. Itulah petai, yang busuk, yang pahit tetapi amat besar khasiatnya. Bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan dan manfaatnya kepada penggemar petai itu sendiri.

Gambar petai dan khasiatnya

Petai juga tidak mudah didapati pada masa sekarang, sebab tu harganya boleh tahan mahal jugak. Saya bukanlah penggemar petai tetapi kalau setakat sebiji dua tu, saya makan jugak. Tapi taklah ketagih macam sesetengah orang. 

Khasiat Petai Dan Baunya


Bau petai memang busuk terutama apabila setelah diproses dalam perut kita. Hasilnya memang "menyakitkan hidung". Hehe.. sabarlah ya bagi penggemar petai.

Petai juga disebut parkia speciosa dalam bahasa saintifiknya banyak ditemui dalam negara kita.

Ketahuilah bahawa bau petai tidak mendatangkan mudarat tetapi kurang selesa. Namun petai banyak khasiat untuk tubuh badan.

Petai mengandungi vitamin C dimana ia mampu meningkatkan imun tubuh badan dan bertindak sebagai antioksida.

Petai mengandungi kalium yang mampu mengawal keseimbangan air dalam badan dan fungsi jantung.

Oh ya! Bagi menghilangkan bau petai; anda boleh mengambil air kopi, teh tanpa gula, berkumur dengan air garam, dan atau mengunyah beras.

Itulah serba sedikit maklumat dan khasiat tentang petai yang anda kena tahu. Biar pandai makan petai tetapi tahu khaisat di sebalik petai dan baunya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close