Mee Goreng Basah Mudah Dan Sedap

Mee Goreng Mudah Dan Sedap. Balik dari rumah kakak malam tadi, perut tetiba rasa lapar. On the way balik kita orang tak singgah mana-mana pun sebab masih dalam keadaan belum reda betul wabak covid-19 kan, lebih baik jangan pergi tempat perkumpulan yang ramai orang. Kita calm down dulu.  Dalam tempoh pemulihan, kita pun kena pulihkan diri dan semangat masing-masing ya. Tak mau merayau tak tentu hala. Biar wabak covid-19 nyah terus dari atas muka bumi ini.

Sori terpanjang pulak mukadimah pasal mee goreng eden ya, tapi itulah pesanan yang eden nak sampaikan. Sama-samalah kita saling berganding bahu membersihkan negara dari covid-19.


Yeay!! Nak masak mee goreng basah yang mudah dan sedap? Ikut lah caranya yang saya kongsi di bawah ya..

Mee Goreng Basah Mudah Dan Sedap


Hi guys.. mee goreng ni masak ketika perut sedang lapar, memang la sedap. Ya dak? Tapi memang sedap pun, anak-anak duk puji melangit. Hehe..

Mee Goreng Basah paling sedap 
Cara Buat Mee Goreng Basah Terbaik!

Bahan-bahan nak masak mee goreng:


1 bungkus mee kuning (1kg)
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 sudu makan cili boh - kisar
3 biji telur
5 ekor sotong - hiris tipis
5 biji fishball - kerat dua
2 sudu makan kicap lemak manis
2 sudu makan sos cili
2 tangkai cili hidup - sebagai hiasan
1 mangkuk taugeh
1 tangkai sayur hijau - sawi pun boleh

Cara penyediaan memasak mee goreng basah terbaik!


1. Kisar semua bahan kisar sampai halus. Tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan sotong dan fish ball dan kacau rata. Hingga sotong masak.

3. Masukkan pula kicap lemak manis dan sos cili. Kacau kan lagi. Hingga mendidih. Tambahkan air secukupnya untuk buat mee goreng basah.

4. Bila bahan tumisan semua dah mendidih, pecahkan telur perlahan-lahan. Kacau rata. Biar telur masak. Perisakan dengan garam dan gula, jika suka.

5. Kemudian, masukkan mee kuning yang telah dicuci terlebih dahulu. Gaulkan hingga rata.

6. Jangan lupa masukkan taugeh dan sayur sawi. Gaul lagi. Bila dah setara, matikan api.


Mee goreng basah siap untuk dihidangkan. Mee goreng basah kena makan time panas-panas, jika dah sejuk kuah dah tak ada, kena serap dengan mee. Hehe.. so, makan time lepas di angkat dari kuali. Hiaskan dengan bawang goreng dan cili hidup atau pun tomato, ikut mana yang anda suka ya..

Selamat mencuba sayang-sayang sekalian. Bye 👌👌

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Time sekarang ni elakkan dulu pergi ke tempat yang ramai orang... #Staysafe

    thanks untuk resepi mee goreng basah tu!

    BalasPadam

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close