Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Diet

Tips Menu Bagi Yang Baru Nak Mula Diet. Puasa ramadhan dah berlalu, bulan Syawal pun dah nak habis, apa cerita dengan impian diet anda?? Ada progress? Dah turun berapa kilogram? Atau berat anda makin meningkat?

Disebabkan berat badan dah naik, maka saya pun plan nak diet lagi dengan semangatnya. Berangan nak diet macam masa muda-muda dulu, berat tak sampai 60 kg pun. Tinggi 158cm. Kira okay lah kan.. yes!! Mesti kena buat ni, tak boleh tangguh. Jom sama-sama diet sihat macam saya. Kita berangan dulu, tak kena bayar pun kan..


Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Diet, Apakah Rahsianya?


Tips diet ni bagi beginner ya. Maksudnya, yang baru nak berkenalan berdiet, belum ada coach, tak pergi gym lagi. Buat dulu asas-asas nak diet ni..

Tips diet bagi beginner

1. Tinggalkan minuman yang manis
2. Sarapan dengan makanan yang sihat
3. Elakkan makanan yang bergoreng
4. Tidur 8 jam sehari
5. Stop atau berhenti makan junk food
6. Bergerak selalu
7. Perbanyakkan minum air putih

So korang rasa boleh tak buat semua perkara di atas? Mudah aje kan? Nampak simple tetapi bila dah jadi tabiat kebiasaan, sukar nak dihentikan. Maka disitulah perlunya semangat untuk berubah.

Rakan Rapat Membantu Dalam Proses Diet Ke?


Sebenarnya selain dari diri sendiri, kawan rapatlah yang banyak mempengaruhi pola pemakanan kita. Contohnya kita kata tak nak makan burger, tapi kawan rapat datang belikan burger. Bila tak makan member kecil hati. Bila dimakan kita pula hato terseksa. Diet ke mana, makan ke mana. Haa.. jadi pada waktu nak mula diet, kurangkan pertemuan dengan kawan-kawan rapat. Ambil masa dulu untuk anda dah kuat dengan misi diet anda.

Perlu Tak Cari Coach Untuk Bantu Kita Diet?


Nak guna coach atau tidak, terpulang pada diri masing-masing. Kalau anda ada bajet yang cukup, tak salah mengambil coach untuk memantau program diet anda. Tapi pastikan anda mempunyai semangat dan jiwa yang kental jika nak guna khidmat coach. Selain faktor bayaran konsultan dia orang yang tak murah, anda kena ikut regim latihan dan pemakanan yang disusun. Jika tidak, pelaburan anda membazir semata-mata.

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada kita semua. Diet lah mengikut keperluan badan dan umur kita. Setiap apa yang kita lakukan, haruslah ada tujuannya dan sasaran masa yang munasbah.

Selamat berdiet!!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close