Header Ads

Sup Ikan Merah Yang Sedap Dan Segar


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Sup Ikan Merah Yang Sedap Dan Segar
Sup Ikan Merah Yang Sedap Dan Segar. Ikan merah, siapa je yang tak suka makan ikan merah. Masak apa je pasti sedap. Asam pedas memang lah sedap, masak kari pasti terangkat. Masak sup ikan merah amatlah menyegarkan. Pilihlah nak masak apa, kalau tak pandai boleh search resepi kat Google. Namun yang buat orang fikir nak masak ikan merah adalah harganya. Ampunn.. mahal kan? Satu ekor ikan merah bergantung berat boleh cecah RM80 kan? Tak boleh makan selalu ya anak-anak.. sebab kita bukan orang yang boleh makan berlebihan, sebaiknya mampu bersederhana. Kalau teringin sangat barulah masak dan makan. Kalau dah masak, kena habiskan. Usah membazir. Bak kata kawan I, makan dengan tulang temulangnya sekali. Kejam noh bunyinya... haha.. (gurau jer..).

Kali ini saya bagi chance si bujang sulung yang young and available ni memasaknya. Walau dia tak pernah masak sup ikan, tapi saya bagi keyakinan kat dia, " pak cik Google kan ada..".

Jom cuba masak sup ikan merah hasil tangan anak bujang saya yang muda belia ni.. ❤❤❤

Gambar Sup Ikan Merah Yang Sedap Dan Segar

Inilah hasil tangan anak bujang saya yang sedang cuti belajar, berusia 20 tahun. Nampak sedap kan sup ikan merah dia? Balik kerja tadi tengok dia dah persiapkan bahan-bahan nak masak. Saya tengok apasal bahan hiris warna lain macam?? ...

Gambar Sup Ikan Merah Yang Sedap Dan Segar

Rupanya dia letak 5 biji bawang besar dengan 6 ulas bawang putih, sebab kat dalam resepi tulis 5 biji bawang merah. Aduii.. itu bawang merah kecil sayang..

Its okay. Since dia dah blend semua, saya biar dia teruskan menumis dan pesan tumis lama sikit biar bawang masak betul.

Gambar Sup Ikan Merah Yang Sedap Dan Segar

Tapi bila dah siap, okay pulak rasanya. Sedap tahap chef international masak. Kih! Kih! Ini puji ikhlas taw..

Resepi Sup Ikan Merah Yang Sedap Dan Segar


Bahan-bahannya adalah:

5 hiris isi ikan merah - bersihkan
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
3 sudu makan rempah sup adabi - bancuh dengan sedikit air
1 batang kayu manis
1 pokok daun sup - hiris halus
2 biji tomato - potong kasar
Garam secukupnya



Penyediaan Sup Ikan Merah Yang Sedap Dan Segar


1. Tumis semua bahan kisar dan rempah sup adabi hingga naik bau. Campakkan 1 batang kayu manis sebagai penyegar rasa sup kita.

2. Masukkan air secukupnya. Ikut suka samada nak pekat atau cair sup tersebut. Sebaiknya letak air sedikit dulu, jika pekat sangat boleh tambah air lagi.

3. Setelah mendidih, masukkan ikan merah perlahan-lahan. Biarkan ikan masak sebentar.

4. Akhir sekali masukkan tomato, kentang dan daun sup, ikut citarasa masing-masing.

5. Perisakan dengan garam dan matikan api.

6. Sup ikan merah sedia untuk dimakan.

Anda boleh juga tambah hirisan carrot jika suka. Tapi jika sup dah banyak sangat bahan tambahan, dah tak berapa kaw. Dia kena pilih nak masuk carrot @ kentang. Kalau tak suka tomato, tak mengapa. Boleh abaikan bahan tersebut.

Selamat mencuba resepi sup akan merah yang segar dan sedap di atas. Memang segar rasanya. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.