Header Ads

Resepi Udang Goreng Sedap Rangup Disalut Dengan Serbuk Roti


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Udang Goreng Sedap Rangup Disalut Dengan Serbuk Roti
Resepi Udang Sedap Rangup Disalut Dengan Serbuk Roti. Asyik masak ayam dan ikan, kali ini kita akan cuba buat resepi udang goreng dengan bread crumbs yang rangup dan sedap. Dan, sekali lagi saya bagi chance kat si bujang yang seorang ini menunjukkan skill memasaknya lagi, tapi sebenarnya saya nak tengok sejauh mana kebolehan memasak dia. Dah macam chef international pulak gaya memasaknya. Hehe..
Gambar Resepi Udang Sedap Rangup Disalut Dengan Serbuk Roti

Udang goreng rangup dengan balutan bread crumbs. Memang sedap, rangup dan lemak manis rasa udangnya. Adik dia kata macam makan kat hotel. Hehe.. satu pujian nampaknya..

Resepi Udang Sedap Rangup Disalut Dengan Serbuk Roti

Resepi Udang Goreng Sedap Rangup Disalut Dengan Serbuk Roti


Udang goreng dengan bread crumbs. Siapa pernah masak? Agak renyah sikit caranya tetapi boleh dicuba oleh sesiapa saja.

Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan:

5 - 10 ekor udang sederhana besar (lagi besar lagi bagus)
1 mangkuk serbuk roti (yang berwarna putih)
1 mangkuk tepung gandum
2 biji telur ayam (yang dibasuh saja)
Garam dan serbuk lada putih secukupnya, kalau tak nak letak garam pun tak apa. Rasa manis udang segar pun dah cukup.
Minyak untuk menggoreng

Udang goreng kunyit by bakal doktor,
Lauk tambahan, udang lagi..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š


Cara Penyediaan Udang Sedap Rangup Disalut Dengan Serbuk Roti


1. Udang perlulah dibersihkan terlebih dahulu, buang kulitnya tetapi tinggalkan ekornya.

2. Perasakan dengan garam dan serbuk lada putih. Perapkan seketika.

3. Letakkan udang pada tepung, diikuti telur yang telah dipukul dan akhiri dengan serbuk roti.

4. Setelah minyak panas, goreng udang hingga kuning keemasan.

Siap dah hidangan lauk utama kami malam ni iaitu udang bersalut serbuk roti yang rangup.

Resepi Udang Sedap Rangup Disalut Dengan Serbuk Roti

Lihatlah.. kita orang dah makan dengan nasi panas ditambah dengan ayam goreng dan sayur buncis tumis dengan udang. Haha..

Jangan mara ya, lauk kami semua pasal udang je. Yang penting kenyang. Alhamdulillah.

Selamat mencuba resepi udang goreng rangup disalut dengan bread crumbs.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.