Hasilnya, lihatlah di bawah ini.. Anak bujang saya yang memasak. Walau dia tak pandai pada mulanya.. Tetapi dia berani. Itu yang buat saya beri kepercayaan pada dia.


So, kalau korang nak masak udang butter garlic mehlah cuba resepinya di bawah. Caranya simple je..
Udang Masak Butter Garlic
Nak memasak udang harimau ni yang leceh nak buang kulit dia tu. Itu yang buat lambat. Kalau tak buang, susah pulak nak makan, terutama untuk anak-anak yang masih kecil.
Bahan-bahannya:
1 kg udang harimau
1 sudu makan butter
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
Garam dan perisa secukupnya
Cara penyediaan udang masak butter garlic
1. Bersihkan dan buang kulit udang sampai bersih
2. Tumis bawang putih (garlic) dan cili kering dengan butter.
3. Bila dah naik bau, masukkan pula udang harimau tadi
4. Perisakan dengan garam dan serbuk secukup rasa
5. Siap untuk dihidangkan.

Gambar bawah dan atas ada lauk tambahan permintaan si adik iaitu udang harimau goreng dengan bread crumbs.


Nota;
Oh ya, jika nak tambah bawang besar pada resepi udang butter garlic tu terpulanglah. Boleh juga. Tapi kalau resepi original dia memang tak tambah bawang besar, baru style mat saleh. Haha.. 😁😁😁
nikmat dapat mkn udang..shida alergik..dah bape tahun xmkn seafood.
ReplyDeletePost a Comment
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.