Header Ads

Makan Malam Nasi Goreng Seafood Yang Sedap


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Makan Malam Nasi Goreng Seafood Yang Sedap
Makan Malam Nasi Goreng Seafood Yang Sedap. Malam ini kami sekeluarga makan di luar sebab kat rumah dah kehabisan stok lauk. Tengok freezer kosong je, maka kenalah isi perut tumpang dapur orang lain. Hehe..

Sebelum makan malam, kami singgah Maslee dulu cari barang dapur. Beli ayam, ikan, sayuran, bawang merah bawang putih, beras dan sebagainya. Buat stok seminggu. Ayam segera, sardin dan maggi pun tak ketinggalan. Itulah makanan segera yang perlu ada di rumah pada masa sekarang.

Selesai beli barang dapur, kami baru singgah makan malam. Order yang senang-senang je, supaya tukang masak boleh siapkan cepat. Boleh gitu??

Gambar nasi goreng seafood

Makan Malam Nasi Goreng Seafood Yang Sedap


Nasi goreng seafood kat restoran ni memang sedap. Dah selalu order dan rasanya tetap sama. Sebab tukang masaknya pun orang yang sama. Layan gambar kat bawah ni kejap ya..


Nasi goreng seafood mestilah ada mak nenek makanan laut dalam nasi goreng tu. Ada udang, ada sotong, ada sayuran.. dan ada hirisan ayam jugak. Terbaiklah..


Bukan setakat ada nasi goreng seafood je, nasi goreng USA pun ada.. yang order bukan orang USA tapi orang Malaysia melayu je.. hehe

Sebenarnya order nasi goreng usa ni banyak untung, lauk dia banyak. Kenyang perut sampai keesokan hari. Jimat banyak..

So, kepada korang semua selamat beristirehat bersama family. Jaga diri, jaga kebersihan. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.