Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Order Kerepek Pisang Tanduk Dan Kerepek Ubi Pedas Untuk Raya Haji

Order Kerepek Pisang Tanduk Dan Kerepek Ubi Pedas Untuk Raya Haji. Sekejap je dah sampai raya haji. Dijangka semua umat islam di seluruh dunia bakal meraikan raya aidil adha pada 10 Zulhijjah nanti. Semoga ada kesempatan meraikannya. Apa persiapan korang ya? Macam kami biasa je, ada masak-masak sikit makanan mesti di pagi raya iaitu ayam masak kicap dan sayur lodeh. Yang lain-lain tu ada atau tidak, pun tak apa.. hehe..

Sempena nak raya ni, saya rajinkan diri order online beberapa kerepek untuk raya haji nanti. Konon la kan.. kita tengok sempat tak kerepek pisang tanduk dan kerepek ubi pedas ni. Kalau budak-budak nak makan, takkan saya nak halang. Ya tak?


Order Kerepek Pisang Tanduk Dan Kerepek Ubi Pedas Untuk Raya Haji


Saya order kerepek pisang tanduk 2 bekas, dengan sebungkus seberat 1/2 kg. 2 bungkus bermakna 1 kg la kan. Harga 1 kg adalah RM36.00. Manakala sebungkus kerepek ubi pedas seberat 1/2 kg dijual pada harga RM14.00.

RELATED
✴✴ Resepi Kerepek Pisang Tanduk Rangup


Jom layan gambar kerepek pisang tanduk segar dari ladang, hehe.. dan kerepek ubi sira pedas di bawah..

Order Kerepek Pisang Tanduk Dan Kerepek Ubi Pedas Untuk Raya Haji

Dah rasmikan dah pun, memang betul. Kerepek pisang tanduk yang segar, tak ada bau plastik semua tu.. satu plastik 1/2 kg. Memang rangup, rasa masin dia pun ngam-ngam je. Saya rasa tak sampai raya haji mesti dah bersih kerepek pisang ni.



Kerepek ubi pedas. Yang ini saya suka sangat. Cara sagat ubi yang comel gini memang mudah nak makan, kemudian sira sambal dia rata. Pedas manis.. memang awesome. Rangup jangan cakap la.. terbaik!

Order Kerepek Pisang Tanduk Dan Kerepek Ubi Pedas Untuk Raya Haji

So, kalau korang apa pula kerepek kegemaran? Selain dua kerepek di atas, saya suka juga kerepek bawang. Haha.. faveret jugak tu..

Okay, sekadar coretan santai kisah keluarga kami yang kecil ini. Just enjoy.. tapi saya tak ambil order kerepek pisang ya, kalau makan kerepek pisang memang kami on jer..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close