Header Ads

Sesekali Sarapan Roti Canai Apa Salahnya


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Sesekali Sarapan Roti Canai Apa Salahnya
Sesekali Sarapan Roti Canai Apa Salahnya. Alhamdulillah. Rezeki anak-anak di rumah, hari ini saya keluar awal sikit daripada biasa sebab nak belikan roti canai kegemaran dia orang sejak dulu lagi. Walau si kecil dah banyak kali mintak roti canai, tapi saya buat dek je.. sebab tak nak dia sarapan yang berat-berat dan menggemukkan. Nanti kalau dah terlebih berat badan, siapa yang susah?? Mereka dan keluarga mereka juga yang susah.. hehe

Gambar roti canai Canai

Di samping roti canai, kena ada kuih muih penambah menu. Kalau saya beli roti canai saja, ada yang tanya pulak. Karipap tak ada? Maka, itulah datangnya aneka kuih saya beli selain dari roti canai.

Gambar kuih muih sarapan

Sesekali Sarapan Roti Canai Apa Salahnya


Dalam entri santai breakfast kami sekeluarga hari ni, dapat juga sikecil makan roti canai yang diminta. 

Jom layan roti canai garing di luar tetapi lembut di dalam, lembut sampai malam. Hehe..


Kalau korang nampak menu yang lain tu, anggaplah itu kuih muih sampingan untuk sarapan dia orang. Kuih muih tu nampak banyak sebab murah, RM1.00 dapat 3 biji kuih. Kita beli RM1.00 pun nampak banyak. Hehe..


Kuah dhal dia punyalah sedap! Sambal tumisnya saya tuang sekali, bagi dia rasa pedas sikit. Bila dah sejuk, semakin pekat kuah dhal tersebut. Sampai anak-anak hirup kuahnya..


Roti canai tersebut tebal tetapi garing di luar. Memang saya mintak pak cik tu buat garing. Sedap sangat.. harga sekeping RM1.00, sama macam tempat lain jugak..

Semoga coretan santai kami sekeluarga menjadikan anda bersemangat untuk bersarapan bersama keluarga, tak kisahlah sarapan itu di beli atau buat sendiri. Yang penting happy!!

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.