Header Ads

Surah Al Mulk Fadhilatnya Dibaca Sebelum Tidur


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Surah Al Mulk Fadhilatnya Dibaca Sebelum Tidur
Surah Al Mulk Fadhilatnya Dibaca Sebelum Tidur. Biasakan yang tak biasa, jika sebelum tidur biasa dengar lagu-lagu jiwang, sekarang gantikan dengan baca surah-surah dari al Quran. Paling tidak, pasang ayat al Quran sebelum tidur. Itu lebih bermanfaat dan terapi jiwa yang paling berkesan. Kalau anda belum cuba sebab tak biasa, boleh mulakan sekarang. Anda akan dapat perbezaannya selepas bangun dari tidur.๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Salah satu surah yang afdhal di baca sebelum tidur adalah surah al Mulk. Al Mulk maksudnya Kerajaan, diambil dari kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Surah ini disebut juga dengan At Tabaarak yang bererti Maha Suci. Surah Al Mulk mengandungi 30 ayat. Ada banyak kelebihan dan fadhilat membaca surah al Mulk ini terutamanya jika dibaca sebelum tidur.

Gambar surah al Mulk

Surah Al Mulk Fadhilatnya Dibaca Sebelum Tidur


1. Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.” (Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tirmizi, Riyadh as-Salihin oleh Imam Ahmad)

2. Bagi mereka yang menjadikan Surah Al-Mulk sebagai bacaan harian, di kubur kelak ia akan menjadi penghalang pengamalnya daripada diseksa. Di dalam kubur, orang yang meninggal dunia akan didatangi malaikat azab bermula di kakinya untuk memberi hukuman.

3. Saidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada Surah Al-Mulk.”

Sekiranya seseorang itu selamat daripada seksaan di alam barzakh, dia juga selamat untuk menghadapi permulaan akhirat yang lebih besar dan dahsyat.

Maka, Nabi SAW mengajarkan kita beberapa cara untuk selamat dan selesa ketika berada di alam barzakh, antaranya membaca Surah Al-Mulk pada setiap malam.

4. Sebelum tidur, pastikan kita ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Mulk. Dengan harapan apabila biasa melazimi bacaan Surah Al-Mulk dan ditakdirkan kita meninggal dunia, Allah SWT akan mengampuni segala dosa serta mengharumkan perkuburan kita menjadi sebahagian taman daripada taman syurga.


Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah. (Ahmad, Tirmizi dan Darimi)

Semoga bermanfaat. Sumber perkongsian daripada Harian Metro

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.