Header Ads

Orang Bujang Masak Bomboloni Tak Jadi


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Orang Bujang Masak Bomboloni Tak Jadi
Orang Bujang Masak Bomboloni Tak Jadi. Pada postingan tentang orang bujang masak ni, saya nak share tentang anak bujang sulung saya ni berangan nak buat bomboloni, bahan-bahan semua dah standby. Begitu bersemangat nampaknya. Entah bila dia pergi beli bahan masakan tersebut pun saya tak pasti. Bila balik rumah petang tu, bau yis kuat betul. Rupanya member dah siap uli tepung dalam satu mangkuk. Begitu naik adunan dohnya, menyebabkan bau yis tu kuat betul.

Saya lihat cairan coklat pun dah siap dimasak untuk dimasukkan dalam bomboloni nanti.


Orang Bujang Masak Bomboloni Tak Jadi


Al kisah anak bujang saya ni memang suka mencuba. Buat eksperimen segala benda terutamanya masakan yang dia tengok kat youtube. Sekarang ni dia kemaruk nak buat bomboloni. Kemudian, kejadian dapur bersepah tu dah biasa ya. Tutupkan mata dan pekakkan telinga je la. Saya memang tak kuasa nak membebel. Yang penting lepas guna nanti bersihkan dapur. 

Jomlah layan bomboloni dia yang tak jadi tu.. hehe

Orang Bujang Masak Bomboloni Tak Jadi

Orang Bujang Masak Bomboloni Tak Jadi

Gitulah rupanya orang bujang masak bomboloni tak jadi! Redha je la, tapi sedap pulak tu. Rupa memang tak ada, tapi rasa dia memang boleh tahan sedap dan lembut. Habis la kita orang kerjakan bomboloni tu..


Orang Bujang Masak Bomboloni Tak Jadi

Ini kalau si adik ada sama, tentu kena kutuk dan komen punya. Bila "pelik" sikit, si adik akan terus tak nak makan. Dialog dia, "pelik la bang. Kuih apa ni?" Itulah dialog si adik bila abang dia buat eksperimen pelik-pelik.


Kalau saya okay je, tak kutuk, tak condemn.. saya makan je. Kalau sedap makan banyak. Tak sedap makan sikit. Senang.. betul tak?

Walau apa pun, saya respect semangat si bujang ni mencuba segala benda, yang baik-baik. Sebagai ibu bapa, kita beri galakan je. Sesekali pantau dan guide dia jalan yang sepatutnya.

Okay.. semoga bermanfaat.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.