Header Ads

Pageview Cecah 1 Juta Untuk Entry Ucapan Selamat Hari Jadi


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Pageview Cecah 1 Juta Untuk Entry Ucapan Selamat Hari Jadi
Pageview Cecah 1 Juta Untuk Entry Ucapan Selamat Hari Jadi. Alhamdulillah. Dah jadi jutawan juga saya ni.. hehe, jutawan dalam menulis blog. Jangan terkejut ya, ini pasal entry yang saya tulis telah capai lebih 1 juta pageview (PV) dalam 4 tahun diterbitkan. Entry bertajuk "Ucapan Hari Jadi Dan Selamat Hari Lahir Untuk Yang Tersayang" ditulis pertama kalinya pada tahun 2016 telah menjadi antara postingan yang paling dicari di Google search. Maksudnya ia tetap berada muka pertama enjin carian Google sehingga kini. Berbaloi juga tulis blog ni, dapat juga bergelar jutawan., walau sekadar dalam konteks blog. Apa salahnya kan? Tak salah pun, kita buat apa kita minat. Untung sabut timbul.. begitulah kata peribahasa. Kalau anda minat menulis, tulislah dengan betul dan bermanfaat. Jika satu masa nanti entry yang anda tulis tu viral, anda juga dapat manfaatnya berpanjangan walau jasad telah ditelan bumi. Faham kan?
Pageview Cecah 1 Juta Untuk Entry Ucapan Selamat Hari Jadi

Pageview Cecah 1 Juta Untuk Entry Ucapan Selamat Hari Jadi
PV entry yang dah cecah 1 juta lebih

Nak cecah 1 juta PV bukan mudah ya kekawan. Lagi-lagi bila blog kita tu sekadar blog kecil dan picisan. Lagi-lagi persaingan sangat sengit dengan blog yang lebih menarik perhatian ramai. Tapi tetaplah menulis dan berpegang pada prinsip anda tau. Jangan goyah ikut rentak orang lain demi mengaut keuntungan segera. Tak mengapa kita berjalan di jalan yang lurus kerana nanti yang merasa tenang dan bahagia adalah diri kita sendiri. Okay✌✌

Pageview Cecah 1 Juta Untuk Entry Ucapan Selamat Hari Jadi


Macam mana boleh PV cecah melebihi 1 juta? Panjang jalannya sayang semua.. ia memerlukan masa, tekun, usaha memperbaiki tulisan dan banyak lagi yang melayakkan entry Ucapan Selamat Hari Jadi dapat gelaran "jutawan".. hehe.

Apa yang saya lakukan agar setiap postingan tu menepati ciri-ciri SEO, optimasi enjin carian. Cuba lihat antara usaha saya seperti berikut:

1. Tulis tajuk yang tepat dan menarik
2. Konten mengikut skema macam buat karangan kat sekolah dulu, mesti ada pembuka, isi dan penutup. Kalau boleh panjang isi lebih dari 300 patah perkataan.
3. Ada gambar, cukup 1 pun tak mengapa, letakkan nama dan label gambar tersebut yang menggambarkan konten yang anda tulis
4. Dalam menulis keseluruhan konten, letakkan label dan diskripsi carian (Search Description) agar konten kita mudah dicari oleh enjin carian.
5. Dalam tulisan/ karangan kita tu, ada tajuk utama (Heading), Tajuk kedua (Subheading) dan lain-lain tajuk (minor heading). Kalau karangan anda pendek je, cukup ada Heading.

Cara Lain Agar Entry Muncul Dalam Enjin Carian


1. Perbaiki entry tersebut setahun sekali. Caranya? Anda lihat balik isi tulisan anda, ada tak ayat yang kurang kuat atau STRONG agar dapat menarik lebih ramai pembaca. Cuba tukar ayat yang catchy sikit.

2. Republish entry anda itu pada tarikh terkini. Tukar setting date publsh kepada automatik. So, entry anda akan fresh balik dan macam baru. Mungkin akan ada pembaca baru yang terperasan akan entry tersebut. Secara tak langsung akan menambahkan PV entry tersebut.

3. Buat review entry yang anda tulis itu atau link kan pada entry terbaru. Bila orang klik link tersebut, insya Allah akan menambah PV juga.

Entry ucapan selamat
hari lahir berada pada
kedudukan ke 7 dalam enjin
carian

Walau apa pun, kesimpulannya tulislah sesuatu yang membawa manfaat kepada orang ramai. Semakin banyak manfaat dan kebaikan sesuatu entry, maka akan lebih ramai yang share dan like. Hasilnya pageview (PV) entry tersebut ikut meningkat.

Selamat berblog.

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.