Header Ads

Resepi Lala Masam Manis Sesedap Rasa


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Lala Masam Manis Sesedap Rasa
Resepi Lala Masam Manis Sesedap Rasa. Salam hari minggu kepada semua rakan pembaca blog yang dikasihi. Semoga hari minggu anda semua dalam lingkungan kasih sayang Illahi. Chatting pagi ni adalah pasal masak apa hari ini? Apa yang nak dijadikan lauk ya? Seafood? Western? Atau masak ayam goreng sambal belacan, lauk pauk kampung. Pilih yang mana satu? Hehe.. apa kata kita tengok peti sejuk, apa ada kat sana? Saya pula akan masak lala, sejenis makanan laut yang sama spesis dengan kerang. Lala ada cengkerang, tetapi isi dia lebih nipis dan halus. Masak apa pun boleh, dan saya akan masak lala masam manis, sweet sour gitu..

Resepi Lala Masam Manis Sesedap Rasa

Lala masam manis ni first time saya makan masa melancong ke Melaka beberapa tahun lalu. Oleh kerana sedapnya masakan lala masam manis tu, kami ulang order kerana tak puas makan. Hehe.. memang faveret betul la..

Resepi Lala Masam Manis Sesedap Rasa


Jom kita mula masak dan sediakan bahan-bahan nak masak lala. Mudah saja ya kekawan.. bak kata chef Wan, main campak-campak je, yang penting kreatif masa memasak.


Bahan-bahan:

Bahan A:
2 ulas bawang putih - cincang
2 inci halia - hiris

Bahan B:
2 sudu teh sos cili
2 sudu teh sos tomato
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh gula - ikut citarasa

Bahan C:
1 kg lala - dibersihkan
1/2 biji bawang holland - hiris
5 tangkai cili hidup - hiris
1 biji telur - dibancuh macam telur dadar
1 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan 1 cawan air

Cara masak lala masam manis yang sedap 


1. Panaskan minyak. Tumis Bahan A hingga naik bau.

2. Kemudian semua Bahan B dikacau rata dengan Bahan A. Biar seketika.

3. Masukkan segala bahan C secara berperingkat dan bila semua bahan dah dimasukkan iaitu lala, bawang, cili dan tepung jagung yang dibancuh dengan air, gaul semua dan kemudian baru masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu.

4. Perisakan dengan bahan perisa, jika suka.

5. Lala masam manis anda siap untuk dihidangkan.

Resepi Lala Masam Manis Sesedap Rasa

Resepi Lala Masam Manis Sesedap Rasa

Semoga anda semua boleh mencuba resepi yang saya kongsikan di atas iaitu lala masak masam manis.

Semoga suksess.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.