Header Ads

Resepi Nasi Goreng Kampung Telur Hancur Kasar


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Nasi Goreng Kampung Telur Hancur Kasar
Resepi Nasi Goreng Kampung Telur Hancur Kasar. Biasa makan nasi goreng letak telur pun macam nampak tak nampak je. Kecewa rasa, jadi bila masak naai goreng sendiri, letak gaya apa telur tu.. yang penting puashati. Ada dua cara nak buat telur hancur tu nampak besar-besar. Samada goreng dulu dan angkat, masukkan semula kemudian. Yang kedua, goreng dalam kuali juga tetapi ketepikan di sisi bila menumis bahan-bahan tumisan. So, telur tak hancur habis. Lagi satu biar goreng telur tu garing sikit agar telur tak hilang dalam nasi goreng.

Resepi Nasi Goreng Kampung Telur Hancur Kasar

Rujuk gambar atas. Nampak tak telur tu, besar-besar. Puashati makan dan menikmati nasi goreng kampung gaya telur hancur kasar-kasar. Lepas tu kita layan dengan cili padi yang padu dan pedas giler. Hahah.. memang meleleh air mata.

Resepi Nasi Goreng Telur Hancur Kasar


Masak nasi goreng adalah kepakaran semua orang. Dari yang kecil hingga la ke besar, memang semua dah boleh masak nasi goreng. Nak gaya macam mana, dipersilakan.. hehe

Jom kita tengok bahan-bahan nasi goreng telur hancur kasar cara saya.

Bahan-bahan:

2 mangkuk nasi sejuk semalaman
3 biji telur
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
15 tangkai cili padi - kisar
Segenggam ikan bilis - kisar
1 mangkuk kecil hirisan isi ayam
1 mangkuk sayur sawi
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Resepi Nasi Goreng Kampung Telur Hancur Kasar
Nasi goreng dengan telur hancur
kasar-kasar

Resepi Nasi Goreng Kampung Telur Hancur Kasar

Cara menyediakan nasi goreng kampung telur hancur kasar


1. Kisar hingga halus semua bahan kisar dengan sedikit air

2. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan agak garing

3. Masukkan hirisan isi ayam dan biarkan masak. Ketepikan di sisi tepi kuali.

4. Pecahkan telur dan biarkan seketika. Bila telur dah agak masak, hancurkan kasar-kasar.

5. Masukkan nasi dan gaul rata secara perlahan. Telur hancur tadi biarkan kasar begitu. Lebih puas nak makan.

6. Perisakan dengan garam. Masukkan sayur. Gaul seketika. Bila dah panas betul, matikan api.

Nasi goreng kampung telur hancur kasar siap untuk dihidangkan. Bila telur hancur nya tak lenyap dalam nasi, baru puas makan dan menikmati nasi goreng kegemaranku.. ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.