Header Ads

Tiga Tanda Bahagia Yang Engkau Ada


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Tiga Tanda Bahagia Yang Engkau Ada
Tiga Tanda Bahagia Yang Engkau Ada. Sukanya bila menulis tentang bahagia kerana kita akan ikut rasa bahagia. Bila engkau sedang bersedih, mampukah menulis dan bercerita tentang bahagia? Boleh tetapi agak sukar. Mana ada manusia yang tiada deria rasa. Tak ada emosi. Yang namanya manusia ada perasaan. Itu nikmat yang Allah beri. Rasa itu harus diimbangi dengan emosi dan fizikal yang kuat. Baru seimbang perjalanan bahagia itu. Insya Allah.. orang yang sabar biasanya akan bahagia. Orang yang bersyukur pun akan mengecap nikmat bahagia. Dalam diri setiap manusia impikan bahagia itu hadir di mana-mana dalam setiap perjalanan yang dilalui. Siapa yang nak bersedih? Betul tak? Tetapi ada ketika bersedih itu digalakkan. Bila waktunya? Apabila kita menyesali segala dosa dan noda. Apabila kita rasa amat bersalah terhadap kesalahan sendiri. Masa tu kita boleh bersedih, menangis dan merayu ampunan dari Allah Azzawajalla..

Hidup asyik ketawa pun tak bagus. Banyak ketawa boleh menghitamkan hati. Melalaikan jiwa-jiwa yang rapuh. Ketawa itu ditunjuk-tunjuk sedangkan bahagia itu tersembunyi tak kelihatan. Bahagia itu tenang. Melihat sesuatu dengan lapang dada. Itu bahagia yang kita suka. Bahagia ada pada semua, pada engkau dan aku juga. Semoga kita terus diulit bahagia dalam keberkatan.

Tiga Tanda Bahagia Yang Engkau Ada


Tiga tanda bahagia itu ada, dan engkau memilikinya. Ia datang dengan redha seadanya. Usah bersedih semahunya. Cukuplah sesederhana yang ada..

Tiga Tanda Bahagia Yang Engkau Ada

Tiga tanda bahagia:

1. Bersyukur ketika diberi nikmat
2. Bersabar ketika ditimpa musibah
3. Memohon ampun pada Allah ketika telah melakukan dosa

Asas kepada bahagia adalah sabar dan syukur selalu atas segala nikmat dan ujian Allah. Selalu berdoa kepada Allah agar kita jadi hambaNya yang terbahagia dalam segala aspek kehidupan.

Tiga Tanda Bahagia Yang Engkau Ada

Nak bahagia usah mengenang kisah lalu. Yang hilang biarlah menjadi kenang-kenangan. Merasa sedih seperlunya dan lekas bangkit sesudah itu. 

Ada banyak sumber kebahagiaan yang Tuhan sediakan.

Dan kita, hanya kehilangan satu di antara banyaknya bahagia itu.

Bahagia itu engkau yang usahakan. Pilihan ada ditanganmu. Melakar bahagia itu mudah sebenarnya, prinsipnya engkau bahagiakan diri mu dahulu kemudian secara tidak langsung keadaan sekeliling akan dilimpahi kebahagiaan. 

Bahagiakan orang yang tersayang merupakan sedekah yang orang tak nampak. Kita berkorban agar orang tersayang bahagia, lihat mereka bahagia kita pun ikut bahagia. 

Semoga bahagia itu milik kita semua.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.