Header Ads

Adakah Kamu Tidak Takut Dibakar Di Dalam Neraka Allah?


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Adakah Kamu Tidak Takut Dibakar Di Dalam Neraka Allah?
Adakah Kamu Tidak Takut Dibakar Di Dalam Neraka Allah? Salam maulidur rasul kepada junjungan besar Nabi Muhamnad SAW. Semoga kita terus berselawat tanda kasih kita kepadanya. Berharap untuk syafaatnya jua di hari akhirat nanti. Insya Allah.. Aamiin.. bercerita tentang akhirat ni, apa yang paling anda takuti? Ada banyak kan.. satu antaranya adalah neraka Allah. Mohon kita dijauhkan dari menjadi ahli neraka. Sama-samalah kita berdoa agar kita semua termasuk dalam golongan orang yang menghuni syurga Allah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah At-Tahriim, ayat 6)

Adakah Kamu Tidak Takut Dibakar Dalam Neraka Allah?

Penghuni neraka kelak, tidak akan mati biarpun tubuh badan mereka sentiasa dibakar, dicincang, dipotong atau dirosakkan.

Adakah Kamu Tidak Takut Dibakar Di Dalam Neraka Allah?


Siapa yang tidak takut dengan neraka Allah? Siapa yang tak berasa seram dan ngeri mendengar cerita-cerita dari al Quran tentang gambaran neraka Allah. Pasti sedari kecil kita telah di ajar, "buat jahat masuk neraka." iya.. itu benar sekali kekawan.. Buatlah baik walau setinggi gunung, tetapi disebabkan kejahatan yang sekali pasti ada orang yang "nerakakan" kita. Betul tak? Sebab tu ada peribahasa, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali!

Neraka Allah amat dahsyat tempatnya. Gambaran neraka Allah umpama kita lihat api merah menyala menyambar bila disimbah minyak tanah. Itu baru sedikit, kedalamannya, jauhnya pembalasan neraka tu.. Ya Allah.. tak sanggup nak bercerita. 

Tetapi..

Kita kena bercerita juga agar kita akan takut dengan neraka Allah. Takut pembalasan neraka Allah. Agar kita berhenti melakukan dosa terang-terangan. Ada pula yang tak takut langsung dengan dosa yang akan di balas dengan neraka. Lagi bangga dengan segala maksiat hingga menayangkan keberanian itu di depan Allah dan kita semua.

Lagi sekali ditekankan.. penghuni neraka kelak, tidak akan mati biarpun tubuh badan mereka sentiasa dibakar, dicincang, dipotong atau dirosakkan. 

Tidakkah kita takut di bakar oleh neraka Allah.? Bila kita tegur, dia nerakakan kita pula. Dijadikan kita musuhnya, dikata kita cemburu melihat maksiat mereka. Nau'zubillah.. jangan sombong dengan maksiat dan dosa, hingga mengundang kemurkaan Allah. Neraka Allah itu benar! Sesungguhnya syurga Allah juga benar. Maka, mana satukah pilihan mu? 

Tidakkah kamu takut di bakar dalam neraka Allah? Berapa puluh tahun pula di dalamnya, dibakar, dimatikan dan dihidupkan semula. Hidup untuk diseksa semula. Sehingga segala dosa dan maksiat kita terhapus semuanya. 

Peringatan Allah amatlah banyak, maka janganlah kita tergolong dalam kalangan mereka yang rugi!

Semoga bermanfaat.


No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.