Header Ads

Dinner Kedai Mamak Nasi Goreng Pattaya Love!


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Dinner Kedai Mamak Nasi Goreng Pattaya Love!
Dinner Kedai Mamak Nasi Goreng Pattaya Love! Haha.. Bukan saya love kat tukang masaknya ya, yang "love" tu nasi goreng pattaya anak saya.. Comel je dia buat. Kisahnya malam tadi, kita orang pergi fisioterapi untuk ayahnya. Sambil menunggu En suami siap fisio, saya dan anak bujang kecil ni makan dulu sebab sidia ni dah lapar. Almaklum balik dari asrama tadi belum sempat makan lagi. So, yang dekat dengan pusat fisio pun ada kedai mamak, maka kat situlah kita orang melepak. Masa mula nak order tu tanya jugak, boleh ke masak nasi goreng pattaya? Dia senyum-senyum kata.. "Mestilah bolehh..", haha.. Sekarang semua bangsa dah boleh memasak semua jenis masakan bangsa lain.. Hehe.. Sedap ke? Nanti kita cerita ya..

Dinner Kedai Mamak Nasi Goreng Pattaya Love!


Dinner berdua je dulu, sebab En suami kena buat fisioterapi pada tulang belakang dia..

Nak tahu sedap ke tidak nasi goreng pattaya kita orang? Comel ke tidak? Jom layan gambar dulu..

Dinner Kedai Mamak Nasi Goreng Pattaya Love!
Nasi goreng pattaya anak saya. Comel kan dia lukis gitu.. Kreatif jugak. Telur dia punyalah tebal, tak pasti samada dia tambah tepung atau buat dari 2 biji telur. Memang tebal dan salut semua nasi. Dah macam lempeng rupanya.. 😊😊😊since anak bujang kecik saya kata dia dah lapar, dia telan je. Bila ditanya sedap tak, dia kata boleh laaaah.. tahu dah apa maksudnya. "Kureng" la tu.. tak apa, rezeki depan mata jangan bising ya anak..


Love nasi goreng pattaya atau nasi goreng ayam? Terpulang pada selera masing-masing. Okay✌✌

 
Nasi goreng ayam tu saya punya. Sedap dan pedasnya boleh tahan. Cili tu saya makan buat ulam. Nasi goreng ni kalau lagi pedas lagi sedap. Tapi biasalah.. yang masak pun mak kita.. telan aje la ya. Kadang-kadang kita masak sendiri pun ada yang tak sedap.. Huhu 

Yang bagusnya, pesanan cepat sampai. Tak de lah lambat macam kat kedai makan atau restoran makan lain. Itu yang kita salute tu..

Apapun, nasi goreng pattaya anak saya makan habis. Saya punya pulak tak berapa habis sebab nasi banyak sangat. Suruh si bujang kecil ni habiskan, dah kenyang katanya.

Sekian coretan santai kami makan-makan nasi goreng pattaya love! Hehe..

Salam Maulidur Rasul 1442H kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Selamat bercuti semua..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.