Header Ads

Mudahnya Wanita Nak Bersedekah Merebut Syurga Allah


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Mudahnya Wanita Nak Bersedekah Merebut Syurga Allah
MUDAHNYA WANITA NAK BERSEDEKAH. Salam jumaat sahabat pembaca blog kecil aynorablogs.com. Semoga Allah limpahkan taufik dan hidayahNya keapda kita semua dan peluk kita dalam rahmat kasih sayangNya. Siapalah kita tanpa rahmatNya, buat apa pun atas muka bumi rasa tak tenang walau kita tayang kebahagiaan seluruh alam. Tetapi sebaliknya.. hati rasa kosong dan kehilangan. Biasa kan kita rasa macam tu. Sebab.. rahmat dan berkat kehidupan tu tak ada dalam diri kita. Itu semua pemberian dari Allah yang memberi kepada ynag dikehendakinya..

Semoga kasih sayang Allah tidak akan terputus atas kita hambaNya yang banyak dosa ini.

Mudahnya nak bersedekah terutamanya kepada kaum wanita di luar sana yang risau jika sekiranya jalan untuk bersedekah itu tertakluk kepada material semata-mata. Setiap titis air susu yang anak kita minum itu pun sedekah, membesarkan dan mendidik dengan kebaikan juga boleh diniatkan sedekah. Mengajarkan membaca al Quran niatkan sedekah. Mendoakan al Fatihah juga hadiahkan sedekah untuk mereka yang kita sayang. Banyak lagi cabang sedekah ya kekawan..

Mudahnya Wanita Nak Bersedekah Merebut Syurga Allah


Cara wanita nak bersedekah? Walau sedang dalam suci atau kotor, walau bukan dengan wang ringgit yang nampak berkepuk itu. Bagaimana caranya ya? Jom baca perkongsian saya dari satu FB yang boleh kita jadikan renung-renungan bersama. Semoga ada ilmu di dalamnya yang memberi manfaat dan kebaikan kepada kita semua.

Mudahnya Wanita Nak Bersedekah Merebut Syurga Allah



Ramai wanita salah anggap isu sedekah lebih lagi suri rumah yang tiada Gaji. Seorang wanita Mendengar ceramah tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan terdetik dihati dengan berkata:

"Bagaimana ya.. , aku takde duit"
Walaupun keadaan kita ini yang bagaimana,
kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah bersabda:

"Wahai setiap WANITA , BERSEDEKAH LAH , dan PERBANYAKLAH ISTIGHFAR , sebab AKU MELIHAT kalian sebagai PENGHUNI NERAKA."

Makin bertambah khuatir kita yang tidak berkerja ini kan..

ALLAHU AKBAR.. 😢😢😢

Sebenarnya, kasih sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim begitu luas dan tiada henti. Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta saja, Tetapi setiap pintu kebaikan yang kita usahakan adalah sedekah.

Sedekah ini Subjektif...

🔹 Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

🔹Amar ma'ruf nahi munkar (menganjurkan yg baik dan mencegah yg buruk) adalah sedekah.

🔹Buka Whatsapp, FB, Instagram.. kita setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik pada semua yang kita KENAL, Sebarkan penulisan bermanfaat dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

🔹Senyum kita kepada suami dan anak-anak, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

🔹Dua rakaat Dhuha menyamai melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim:

🔹 Tahan diri kita, dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

🔹Singkirkan setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

🔹 Ucapkan salam kepada muslimat yang kita temui, itupun sedekah. Kita mendoakan kebaikan pada mereka

🔹Beri makan kepada jiran tetangga atau siapa pun dengan makanan yang kita dan keluarga kita makan, itupun sedekah.

🔹Beri makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

🔹Muliakanlah tetamu yang datang di rumah, itupun sedekah.

🔹 Berusaha menolong dan membantu orang lain, sesama orang Islam ataupun bukan Islam, itupun sedekah.

🔹Tuntut ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan kita, itupun sedekah.

🔹Seteguk air yang kita berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Buatlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun.

Dulukan untuk mendapat kebaikan kita kepada (kedua orang tua, suami, dan anak-anak kita). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat dan seterusnya.

"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

Semoga Allah ampunkan kite semua kerana banyak tak tahu dan terima usaha amal kita 🤲😢

Aamiin Ya Robbal 'Alamin.

Cinta kamu semua kerana Allah ❤

Wanita itu mulia kejadiannya. Diberikan hati yang cekal dan tubuh yang kuat membawa zuriat di dalam rahimnya selama 9 bulan.. tetapi masih lagi sempat menabur bakti pada orang sekelilingnya dalam senyuman. Tanpa keluhan. Itulah wanita.. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.