Gorengan cempedak, keledek ataupun pisang, kena ada tepung yang merangupkannya.. baru sedap. Kalau setakat goreng gitu je, saya rasa tak ada orang yang nak makan. Betul tak? So, bacalah kat bawah ni kompilasi petua yang saya kongsikan buat kemudahan anda semua.
Petua Tepung Goreng Cempedak Lebih Rangup
Ada beberapa petua yang saya nak share, kompilasi dari FB, Instagram, Twitter.. bak kata orang media sosial yang lain lah.. semua saya kumpulkan untuk bagi korang idea macam mana nak buat tepung goreng cempedak lehih rangup dan tak buat kita sakit hati..
![]() |
| Hasil goreng cempedak saya.. |
1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, garam & kunyit dengan air. Gaul hingga adunan sebati & tidak terlalu pekat atau cair. Ambil 3 sudu minyak panas, masukkan dalam adunan tepung tadi & gaul sebati. Tujuannya untuk merangupkan tepung goreng.
2. Boleh juga dengan memasukkan beberapa sudu minyak masak yang telah dipanaskan ke dalam bancuhan tepung dan juga dengan menambahkan tepung beras. Bancuhan tepung ini juga boleh digunakan untuk menggoreng pisang, keledek, keladi, kentang dan bermacam-macam lagi. Kalau nak salutan tepung yang tebal, boleh bancuh tepung pekat sedikit. Kalau nak salutan yang nipis pula boleh cairkan sedikit bancuhan tepung tersebut. Yang ini memang selalu saya gunakan dan memang berbaloi hasilnya.
3. Resepi cempedak goreng rangup, tahan lama dan sedap adalah berpunca dari bancuhan tepung itu sendiri sama ada dari tepung beras, tepung Adabi atau tepung gandum yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Goreng cempedak anda itu pasti lebih lazat jika bahan-bahan yang disediakan itu lengkap. Orang kata sedang-sedang pekat la tepung bancuhan tu..
4. 2 senduk tepung beras, 1/2 - 1 senduk tepung gandum, 1 sudu besar tepung jagung, 1 sudu besar butter, 1 biji telur, sedikit serbuk kunyit, secubit gula, garam dan air secukupnya. Satukan semua bahan di atas dan kisar dengan sedikit air. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul betul panas. Insya Allah, tepung goreng cempedak anda rangup.
Nak lagi petua yang lain? Anda boleh search kat blog ini dengan menaip PETUA. Insya Allah ada banyak petua yang dapat memudahkan urusan anda dalam kehidupan atau pun dalam urusan masak memasak.
Semoga bermanfaat.


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.