Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tanda-Tanda Fizikal Dan Psikologi Anda Sedang Stres

Tanda-Tanda Anda Sedang Stress. Stres atau tekanan sesiapa pun akan laluinya tak kira ia besar atau kecil bentuknya. Dalam seharian bekerja pun, tak ada satu hari yang tak ada tekanan. Mungkin stres tu datangnya dari rakan sekeliling atau bos di tempat kerja. Ada kerja yang kena buat on the spot, sedangkan kita sedang menyiapkan kerja yang urgent juga. Haa.. kat situlah stres bermula. Nak dulukan yang mana.. haha, betul tak? Itu belum lagi stres kat rumah dengan anak-anak dan suami. Kalau tak jerit pada anak-anak mesti tak sah kan? Itu rutin harian ibu-ibu terutama bila anak-anak sedang membesar. Maka, buat sementara waktu, tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Lepaskan semuanya dan anda akan rasa lega seketika.

Jika anda berterusan stres dan tidak mampu menyelesaikannya sendiri, baik dapatkan rawatan dari pakar yang bertauliah. Jangan biarkan stres anda berlarutan kerana membahayakan kesihatan juga.

Tanda-Tanda Anda Sedang Stres


Tanda-Tanda Anda Sedang Stres


Apa yang KKM kongsikan ni boleh kita semak diri sendiri adakah kita sedang stress atau menghadapi tekanan.

Tanda-Tanda Fizikal Stres:

1. Kering mulut
2. Gementar
3. Sakit kepala
4. Masalah tidur
5. Cepat letih
6. Lenguh badan
7. Jantung berdebar-debar
8. Sakit perut
9. Cirit-birit

Segi Psikologi:

1. Gelisah
2. Cepat marah
3. Lemah semangat
4. Bimbang
5. Kurang daya tumpuan

Jika anda semua ada simptom atau tanda-tanda dari segi fizikal dan psikologi di atas, jangan ambil ringan saja. Sila bercerita dengan kawan-kawan terdekat dan juga dapatkan nasihat pakar yang bertauliah bagi menyelesaikan masalah anda itu.

Dalam keadaan sekarang ini, dengan ekonomi yang tidak menentu, saya tahu ramai antara kita yang sedang stress. Jangan berdiam diri. Stress perlu di rawat dalam masa yang lebih awal bagi mengelakkan anda dihinggapi penyakit lain pula. 

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close