Sedapnya kuih abuk-abuk ni alahaii.. lama dah tak dapat makan terutama sejak nenda suami telah tiada. Yang warisnya nak buat semua dah malas. Saya pun tak pandai sangat nak buat. So, simpan sini dulu resepi kat dalam blog, mana tahu esok lusa dapat keberanian nak buat. Hehe..
Bahan-bahan:
2 cawan sagu biji
2 cawan kelapa parut putih
3 sudu besar gula merah
3 sudu besar gula putih
garam secukupnya
daun pisang untuk dibuat kelongsong atau
calong serta lidi secukupnya
1. Basuh sagu dan toskan lima minit.
2. Gaulkan sagu, kelapa serta garam.
3. Dalam bekas lain, campurkan gula merah
dengan gula putih.
4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam
calong daun pisang. Kemudian masukkan
1/2 sudu campuran gula dan akhir sekali
masukkan 1 sudu campuran sagu.
5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi.
Kukus selama 10 minit. Siap untuk dimakan.

Resepi Kuih Abuk-Abuk Sagu Biji Sedap Dan Lembut
Resepi tradisional kuih abuk-abuk semua pasti rindu, ada yang teringin tapi tak tahu nak buat. Haa.. inilah dia resepinya. Dari turun temurun. Sama je, kalau nak inti manis sikit, tambahkan sukatan gula tu ya..
Bahan-bahan:
2 cawan sagu biji
2 cawan kelapa parut putih
3 sudu besar gula merah
3 sudu besar gula putih
garam secukupnya
daun pisang untuk dibuat kelongsong atau
calong serta lidi secukupnya
Cara menyediakan Kuih Abuk-Abuk Sagu Biji
1. Basuh sagu dan toskan lima minit.
2. Gaulkan sagu, kelapa serta garam.
3. Dalam bekas lain, campurkan gula merah
dengan gula putih.
4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam
calong daun pisang. Kemudian masukkan
1/2 sudu campuran gula dan akhir sekali
masukkan 1 sudu campuran sagu.
5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi.
Kukus selama 10 minit. Siap untuk dimakan.

Woww!! Mudahnya kekawan buat kuih abuk-abuk sagu biji ni. Orang kata pejam mata pun boleh buat. Kalau tak pejam, senyum pun okay.. haha..
Kongsikan dengan kawan-kawan jika anda rasa resepi kuih abuk-abuk sagu biji ini berguna pada mereka.
Selamat mencuba👌👌👌



Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.