6 makanan kesukaan jin di bawah nanti semoga dapat memberikan kita pengetahuan baru bahawa dalam kehidupan di dunia ini ada makhluk Allah yang lain antaranya jin dan syaitan. Maka berhati-hatilah apabila menguruskan urusan harian kita terutamanya dalam perihal makanan.

6 Makanan Kesukaan Jin
6 makanan kesukaan jin yang perlu anda tahu. Sentiasa elakkan dari melakukan perbuatan yang disukai oleh jin dan syaitan dalam kehidupan seharian kita. Jin dan syaitan ni makhluk halus, jadi kita,sentiasa kena lakukan perkara yang menghindarkan kita dari makhluk halus tersebut.
1. Kotoran
Jin atau setan sangat menyukai kawasan bilik mandi di rumah. Kerana ada makanan kesukaam jin iaiu kotoran. Rasulullah pun menggalakkan kita untuk membaca doa terlebih dahulu ketuka akan masuk bilik air.
2. Memakan darah
Jin sangat menyukai darah. Samada darah haiwan atau darah manusia. Begitu juga darah luka atau darah haid wanita. Sebab itu wanita tak digalakkan membuang sebarangan pembalut @ tuala wanita selepas digunakan. Sebaiknya bersih dan cuci dulu kesan darah dan buang di tempat yang sesuai.
3. Tulang
Jin juga sangat menyukai tulang. Jadi bila kita telah habis makan daging atau ikan, sebaiknya tulang di buang terus ke bekas sampah. Jangan simpan tulangnya di rumah kerana ia mengundang jin untuk ikut makan bersama.
4. Bangkai
Bau bangkai boleh membuatkan kita rasa loya dan tiada selera makan. Namun anehnya bangkai menjadi makanan kesukaan jin samada ia bangkai manusia atau haiwan. Terutamanýa bangkai haiwan yang tidak menyebut nama Allah ketika disembelih.
5. Makanan yang dimakan dengan tangan kiri
"Jika salah seorang daripada kalian makan, makanlah dengan tangan kanannya. Ketika minum, minumlah dengan tangan kanan. Kerana syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya. (HR Muslim)
6. Makanan yang dimakan tanpa meblnyebut nama Allah
"Jika kamu tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan pum berucap, pada teman-temannya, "kalian akhirnya dapat tempat bermalam dan makan malam." (HR Muslim)
Justeru itu, lakukan amalan yang disunnahkan oleh Rasulullah ketika mahu mahu mula makan dan sesudah makan juga. Ada doa makan dan doa sesudah makan yang memang membantu kita terhindar dari gangguan jin dan syaitan dalam makanan kita.
Semoga kita semua terlindung dari syaitan yang direjam.

Apala jin ni, laksa Dia tak suka pulak!
ReplyDelete