Kalau nak beli, cari je kat FB, ramai yang jadi agen jual Eng's popcorn fully caramel ni. Maaf ya, saya hanya tukang makan bukan tukang jual. Hehe..
Eng's Popcorn Caramel Favorite Sekeluarga

Jika anda tanya harganya, ada beberapa peringkat harga popcorn ni, ikut saiz balang @ bekas yang dijual. Setiap saiz akan dijual pada harga berbeza. Contohnya, saiz balang yang saya beli tu, sebekas RM18.00. Ada juga yang saiz kecil sedikit dijual pada harga RM10.00. Semakin besar balangnya, semakin mahal sikit harganya..
Eng's fully coated caramel.. popcorn yang memang lazat, sedap, rangup dan harum karamel dia buatkan kita makan tak boleh berhenti. Hehe.. beli berapa bekas pun, cepat je habisnya. Kalau tak nak bergaduh, beli balang saiz macam saya beli tu, harganya RM18.00 sebekas. Kalau tak silap, saiz 300ml.


Selamat bersantai..

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.