Maka, sempena tahun baru 2021 nanti, apakah agaknya azam yang boleh kita senaraikan agar dapat mengubah diri dan kehidupan kita pada satu tahap yang lebih baik dan cemerlang lagi dalam semua bidang?
Ingat ya, azam bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Ia hanya memerlukan displin yang tinggi dan sedikit kesabaran. Okay✌✌✌

Azam Tahun Baru 2021
Contoh azam tahun baru yang positif dan fleksibel. Buat azam tahun baru tak boleh terlalu general @ umum. Kena khusus sikit. Contoh seperti di bawah:
1. Mahu menurunkan berat badan - dengan cara kurangkan gula dan minyak dalam makanan
2. Nak capai semua A dalam subjek SPM @ peperiksaan terpilih
3. Nak simpan duit sekurang-kurangnya RM100 sebulan (fleksible kan?)
4. Bersedekah wang ringgit @ harta benda setiap jumaat - mesti jadi!
5. Reward diri dengan bercuti setiap bulan - jangan terlalu gila kerja!
6. Hubungi rakan dan sahabat lama - eratkan silaturrahim
7. Hadir majlis ilmu - 3 kali seminggu
Okay tak azam macam kat atas tu?
Kalau tak senaraikan azam tahun baru memang tak sah la kan.. sekadar untuk rujukan dan pemangkin semangat agar diri ini lebih baik di tahun 2021, saya senaraikan pula azam yang ingin dicapai pada tahun 2021:
1. Khatam al Quran lagi
2. Perbanyak puasa sunat isnin dan khamis
3. Membuat simpanan RM1,500 sebulan (kena kurangkan shopping)
4. Buat duit dengan blog minima RM500 sebulan
Orang kata, jika sesuatu azam itu dicatat dan direkod, kita akan berusaha mencapainya hingga terlaksana. Itulah yang saya cuba lakukan.
Walau ia sekadar azam baru,, bagi saya ia tetap satu tujuan hidup yang perlu dicapai.
Dengan usaha, tenaga dan sabarnya, insya Allah itu semua pasti akan memperoleh kejayaan yang manis.
Azam tahun baru perlu diperbaharui walau dua @ tiga tahun lepas ia pernah dicatatkan. Kalau masih belum berjaya, senaraikan lagi setiap tahun sehingga anda benar-benar berpuashati.
Azam kita adalah hak kita,, walau sekecil mana azam itu, ia tetap bermakna bagi kita. Jangan pernah berputus asa.
Selamat tahun baru 2021 dengan azam baru yang anda ciptakan.! Yang penting azam tahun baru itu mestilah azam yang munasabah.
Good luck!

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.