Ada beberapa waktu yang boleh dan tidak digalakkan untuk timbang berat badan. Waktu yang digalakkan untuk timbang berat adalah pada awal pagi sebaik bangun tidur, sewaktu kita berada dalam keadaan rileks dan beberapa waktu lain yang boleh di baca dalam laman web kesihatan. Namun jangan lupa, ada juga waktu-waktu yang tak dibenarkan untuk menimbang berat badan. Baca selanjutnya pada perkongsian di bawah.
Waktu Dilarang Timbang Berat Badan
Ada waktu tertentu yang di larang untuk timbang berat badan. Waktu-waktu tersebut adalah waktu yang kurqng tepat untuk mendapatkan angka yang betul untuk berat badan anda.

So, jangan timbang berat badan seperti waktu di bawah:
1. Selepas minum air
2. Selepas bersenam
3. Sewaktu dalam period atau datang haid seawal 5 hari pertama
4. Selepas makan
5. Selepas 9.00 malam ke atas
Jadi, bila dah tahu waktu-waktu di larang timbang berat badan, kita pilih waktu yang selain itu. Contohnya selepas bangun tidur, itu waktu yang bagus untuk timbang berat badan.
Dalam proses menurunkan berat badan, kita tak boleh terlalu stress, amalkan cara hidup sihat dan lakukan senaman yang bersesuaian dengan aktiviti harian kita.
Bila kita stress sangat dan nak turunkan berat dengan waktu yang singkat, ditakuti kita terperangkap dengan promosi ubat kurus yang berleluasa di pasaran. Berhati-hatilah dengan supplemen yang diambil. Dapatkan pandangan pakar bila nak mulakan sesuatu usaha berkaitan kesihatan dan tubuh badan anda.
Semoga bermanfaat.
0 Ulasan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.