Oh ya, anak pokok kemboja tu saya beli dari online dekat TikTok, cuma melalui keratan batang. Ada dalam 5 batang gitu pada harga yang agak murah juga. Tapi tak ingat dah harganya 😂😂
Dalam proses mencambahkan pokok kemboja tu, hanya 2 batang pokok yang hidup, manakala yang lain telah dimakan dek siput babi. Geram je tengok siput tu dah rosakkan pokok kita. Nasib baik ada 2 batang lagi yang hidup dan survive hingga kini.
Ketika Anak Pokok kemboja dalam satu pasu

Setelah dipindahkan ke pasu berlainan


Setelah dipisahkan pasu, salah satu pokok macam merajuk. Satu pokok daunnya semakin banyak, manakala satu lagi anak pokok kemboja daunnya layu dan luruh. Tetapi ada tunas baru sedang tumbuh. Harap dia dapat survive la nanti...
Pindahkan Anak Pokok Kemboja Ke Pasu Berlainan
Masa nak pindahkan anak pokok kemboja tu, dia dah hidup tinggi 2 kaki. Daunnya pun dah agak besar. Tapi kena pindahkan juga. Takut akar dia kembang dalam pasu tak dapat memuatkan kedua-dua pokok tersebut.
Semasa proses memindahkan tu, saya potong sebahagian tanah di sekeliling pokok dan masukkan ke dalam pasu lagi satu dengan saiz pasu yang sama besar dengan yang asal. Supaya akar yang dah bertunjang di bawah tidak rosak dan pokok boleh terus hidup dan membesar.
Selepas 2 hari dipindahkan, saya lihat salah satu pokok macam mulai layu dan hampir mati. Namun kena sabar dan jangan lupa disiram air dan letakkan di bawah cahaya matahari. Tak lupa juga saya tabur baja akar untuk bolehkan anak pokok kemboja terus hidup subur. Bila dah agak besar nanti, kenalah tabur baja bunga pulak..
Harap-harap anak pokok kemboja saya yang berbunga merah dan kuning tu boleh jadi hiasan laman rumah kami dalam jangka waktu yang panjang.
Cara penjaganan pokok kemboja
1. Tanam di kawasan yang terdapat 6 jam cahaya matahari
2. Tanah yang ringan dan mempunyai saliran yang baik
3. Siram pokok kemboja secara berkala
4. Gunakan Baja yang tinggi kandungan fosforus untuk galakjan pertumbuhan bunga.
Insha Allah, bila pokok dah semakin membesar nanti saya akan share lagi ya.
Selamat berkebun - Aynora 👌
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.