Berdoa Dengan Asmaul Husna Ya Dzul Jalali Wal Ikram

Advertisement

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa al Dzul Jalali Wal Ikram| Al Dzul Jalali Wal Ikram bermaksud Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Pemilik Kebesaran Dan Kemuliaan / Pengusaha Keagungan Serta Kedaulatan – Zat yang mempunyai Ketinggian dan Kemuliaan yang Sempurna. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.

Maka berdoalah dengan asmaul husna al Dzul Jalali Wal Ikram ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah.

Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Berdoa dengan asmaul Husna


Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Dzul Jalali Wal Ikram   


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya Dzul Jalali Wal Ikram = 65 kali


Ertinya : 


Al Dzul Jalali Wal Ikram bermaksud Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Pemilik Kebesaran Dan Kemuliaan / Pengusaha Keagungan Serta Kedaulatan – Zat yang mempunyai Ketinggian dan Kemuliaan yang Sempurna. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.

Fadhilat asmaul husna al Dzul Jalali Wal Ikram 


a)  Amalkanlah zikir ‘Ya Zul Jalaali wal Ikraam’ sebanyak 65 kali setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

b) Sesiapa menyebut berulang kali ‘Ya Zul Jalaali wal Ikraam’ secara istiqamah, berserta dengan kerajinan dan ketekunannya bekerja, InsyaAllah akan ditemukan dengan kejayaan yang menkagumkan.

c) Jika diamalkanlah zikir ‘Ya Zul Jalaali wal Ikraam’ sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah akan memperolehi kemuliaan dan kehormatan serta dirinya cukup dan tidak berharap kepada orang lain.

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

3. Blog Ibnu Hasan Site

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.