Lunch Nasi Ayam Goreng Berempah
Memang sedap betul lunch hari ni. Oleh kerana kelam kabut pagi-pagi tak sempat memasak, maka lunch tadi saya belikan si bongsu sorang kat rumah tu nasi dengan ayam goreng berempah.
Memang sedap la..

Ayam goreng berempah dia memang kaw! Tak pernah mengecewakan. Sambal belacan dia pun kaw sangat, pedas manis semua ada. Kemudian, tak kedekut pulak tu. Salad dia pun segar bugar. Amat berselera nak makan.. hehe. Ulam dia pun ada tambahan timun yang di hiris panjang.

Ayam goreng berempah tu dia buat style ayam cincang yang sedang viral sekarang. Ayam cincang maksudnya ayam yang dipotong kecil-kecil dan garing selepas diperap dengan rempah. Itu yang saya tahu la.. kalau nak further info, boleh google ya.. 👌
Semoga berbahagia bersama family tersayang!

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.