Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Limau Mandarin

Khasiat Buah Limau Mandarin | Limau mandarin memang meninggalkan nostalgia kepada saya. Sewaktu mengandungkan hero lelaki saya 13 tahun dahulu, saya boleh menghabiskan 360 biji buah limau mandarin dalam masa 1 bulan setengah. Anggaran secara purata saya memakan 8 biji buah limau mandarin sehari!! Tetapi saya tidak risau sebab saya tahu limau mandarin banyak khasiatnya.


 
Secara amnya limau mandarin berukuran 6-8cm bergantung kepada jenisnya. Terdapat banyak variasi termasuk tangerine, clementine, dancy dan satsuma. Di Malaysia, limau mandarin juga dikenali sebagai Limau langkat, Limau Batu dan Limau Jepun. Jenis-jenis limau mandarin termasuklah Bidin - buah besar, manis dan hasil tinggi, Kong Ho - saiz buah yang sesuai, manis dan hasil tinggi. Manakala limau Mandarin Madu dikenali Johor Honey - rasa masam manis, beraroma dan hasil tinggi.

Khasiat Buah Limau Mandarin


1) Limau mandarin mengandungi Vitamin C yang tinggi yang dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. 



2) Nilai kalsium yang tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.

3) Selain sebagai sumber vitamin C, buah limau juga merupakan sumber asid folat yang berpotensi. Sebiji buah limau dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folat setiap hari. Kadar pengambilan makanan dengan kandungan asid folat yang tinggi seperti buah limau segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar asid folat.

4) Vitamin B pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Serat tinggi yang larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.

5) Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru-paru dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.

6) Karbohidrat di dalam buah limau merupakan karbohidrat sederhana, iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula di dalam buah ini semakin bertambah apabila buahnya semakin tua, tetapi kandungan asamnya pula semakin berkurang. Buah yang mendapat sinar matahari secara terus akan mengandungi gula lebih banyak, termasuk vitamin C yang banyak juga.



Dengan lebih tepat, limau mandarin yang tergolong dalam buah-buahan sitrus juga baik untuk kesihatan jantung, penglihatan serta mengurangkan risiko penyakit kanser. Ia juga memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit strok di kalangan wanita serta membantu perkembangan otak janin.

Alhamdulillah, kesan pemakanan limau mandarin yang banyak ketika hamil dahulu, saya kini dikurniakan dengan seorang hero yang sedang meningkat dewasa dan memiliki kecerdikan yang dibanggakan oleh semua ibu bapa.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close