Popiah Inti Sayur Campur Sedap Rangup

Popiah Sayur Campur Sedap Rangup. Popiah goreng rangup inti sayur campur memang our all time favourite. Anda pula macam mana? Suka popiah basah atau popiah goreng? Tak payag buat special sos dia pun tak apa, makan je sos cili yang sedia ada. Rasa rangup, inti sayur bergabung dengan sos cili.. memang seronok sangat makan time breakfast. Kadang goreng 20 ketul pun habis sekali hadap kita orang 4 beranak. Memang semua suka la..

Kalau dah buat satu bungkus kulit popiah tu anggaran ada 50 keping, saya buat sekali jalan dan yang lebih saya buat frozen. Simpan dalam freeze, nak makan baru goreng. Jimat masa dah kat situ.. 

Jomlah buat popiah inti sayur campur dengan telur hancur. Memang awesome sangat.. 

Popiah Inti Sayur Campur Rangup Sedap
Popiah inti sayur campur


Popiah Inti Sayur Campur Sedap Rangup


Popiah goreng inti sayur. Sayur campur yang saya beli dari mini market, dalam nya ada carrot, jagung dan kacang peas. Kemudian saya tambahkan dengan telur dan sedikit taugeh.

Bahan-bahan:

1 bungkus Kulit popia ~ secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 biji telur - dipukul sekejap untuk jadi gam kulit popiah nanti


Bahan untuk inti:


2 cawan taugeh, kalau tak letak pun tak apa..
1 batang carrot ~ disagat/ potong halus
1 bungkus sayur campur (kacang peas, lobak, jagung)
1 labu bawang besar ~ dikisar
3 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih ~ dikisar
2 biji telur
Segenggam ikan bilis - dikisar
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa.

Cara menyediakan popiah goreng inti sayur dengan telur hancur


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.


2. Masukkan carrot, kacau rata.


3. Masukkan sayur campur, garam dan gula. Kacau rata.

4. Pecahkan telur dan gaul rata biar sebati. Last sekali baru masukkan taugeh.


5. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun ke dalam mangkuk.


5. Bubuh inti popia ditengah kulit popia dan gulungkan sehingga hujung dan gamkan hujung dengan bancuhan telur tadi.


6. Gorengkan dalam minyak yang banyak dan sederhana panas.

7. Bila telah kekuningan bolehlah angkat dan toskan minyak.

Popiah inti sayur

Popiah goreng sedap dimakan dengan sos cili, yang pedas dan manis. Kalau rajin sikit, anda boleh buat sos popiah goreng dengan cili kering yang dikisar dengan bawang putih. Tambahkan gula dan perisa. Ini pun kaw..

Selamat mencuba.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close