Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

12 Amalan Mengikut Sunnah Dalam Kehidupan Seharian

Amalan Mengikut Sunnah dalam Kehidupan Seharian. Ada lebih kurang 12 amalan lazim mengikut sunnah yang boleh dilakukan oleh semua umat islam jika berkehendakkan kehidupan yang tenang dan lapang. Tenang dan lapang maksudnya tak ada rasa resah gelisah, lalui semua dengan lapang dada kerana kita berasa dekat sangat dengan Allah. Insya Allah, segala pertolongan akan Allah berikan dalam kadar segera. Kan Allah dah janji, " Engkau dekat AKU dekat.. ".

12 amalan mengikut sunnah dalam kehidupan seharian ini amatlah baik dilaksanakan mengikut kemampuan masing-masing. Namun, sebaik-baiknya berusaha untuk buat semua dan merancang masa seharian kita. 


12 Amalan Mengikut Sunnah Dalam Kehidupan Seharian


Apa yang nak saya kongsikan bukanlah daripada saya sendiri sebaliknya adalah perkongsian daripada mereka yang bijak pandai dalam bidangnya. Oleh kerana penulis menggalakkan posting ini dikongsikan, maka inilah hasilnya. 

12 Amalan Mengikut Sunnah Dalam Kehidupan Seharian

12 amalan mengikut sunnah dalam amalan harian;


1) Membaca doa selepas wudhu 

• Kelebihan : Dibukakan lapan pintu syurga bagi orang yang membacanya. (lihat Sahih Muslim hadis no. 234)

2) Solat Sunat Qabliyah Subuh

•  Kelebihan : Nabi ﷺ bersabda :  رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا “Dua rakaat fajar lebih baik daripada dunia seisinya.” (HR. Muslim no. 725)

3) Solat Fardhu Subuh dan Isyak berjemaah

• Kelebihan : Pahala seperti mengerjakan solat sepanjang malam. (lihat Sahih Muslim hadis no. 656)

4) Berzikir selepas solat

Ada banyak zikir yang boleh diamalkan selepas solat fardhu antaranya Istighfar, Alhamdulillah, Allahuakbar, Subhanallah dan banyak lagi

5) Membaca zikir pagi dan petang

• Rujuk Hisnul Muslim, al-Azkar atau lain-lain jika tidak tahu lafaznya) 

6) Solat Dhuha

• Minima 2 rakaat dan yang paling banyak dilakukan Nabi ﷺ adalah 8 rakaat. 
Kelebihan : Menyamai pahala sedekah (lihat Sahih Muslim, hadis no. 720)

7) Menjaga 12 rakaat solat sunat rawatib iaitu

2 rakaat sebelum subuh, 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib, 2 rakaat selepas isyak. 
• Kelebihan : Disediakan rumah untuk di syurga. (lihat Sunan Ibnu Majah, hadis no. 1130)

8) Membaca 2 ayat akhir surah al-Baqarah

• Nabi ﷺ bersabda : 
الْآيَتَانِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ مَنْ قَرَأَ بِهِمَا فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
“Dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, sesiapa yang membacanya pada suatu malam, nescaya kedua ayat itu akan mencukupkannya.” (HR. al-Bukhari no. 5040).

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan bahawa maksud كَفَتَاهُ (mencukupkannya) ialah cukup melindunginya dari kejahatan hal-hal yang akan mengganggunya. (al-Wabil al-Sayyib)

9) Tidak tidur terlalu lewat

• Daripada Abu Barzah radhiyallahu 'anhu :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا
“Bahawasanya Rasulullah ﷺ tidak suka tidur sebelum (solat) ‘Isyak dan bercakap setelahnya.” (HR. al-Bukhari no. 568) 

10) Solat Tahajjud 

• Nabi ﷺ bersabda :
أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ
“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan dan laksanakanlah solat pada saat manusia sedang tidur, nescaya kalian masuk syurga dengan selamat.” (HR. at-Tirmizi no. 2485) 

11) Solat Witir 

• Boleh dilakukan sama ada selepas solat isyak atau selepas solat tahajjud pada akhir malam.

12) Membaca Ayat Kursi selepas solat fardhu

• Rasulullah ﷺ bersabda :

مَن قرَأَ آيةَ الكُرسيِّ في دُبُرِ كلِّ صلاةٍ مَكْتوبةٍ، لم يَمنَعْه من دُخولِ الجنَّةِ إلَّا أنْ يموتَ.
“Sesiapa membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu, tidak ada yang menghalangnya masuk syurga melainkan kematian.” (HR. an-Nasai dalam Sunan al-Kubra, ath-Thabrani, dan Ibnu Sunni.)

#HidupkanSunnahNabi Silakan share.

Follow Page : Pengajian Sunnah untuk membaca lebih banyak amalan Sunnah.

Jika kita tak mampu melakukannya semua sekali, ambillah sebahagiannya. Jika tak mampu juga, buatlah ikut kesempatan waktu yang ada. Semoga kita semua berada di atas jalanNya, yang diredhai dan disayangi.

Insya Allah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close