Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Dinner Nasi Lemak Berlauk Udang Harimau Goreng Tepung

Dinner Nasi Lemak Berlauk Udang Harimau Goreng Tepung. Wow!! Jarang-jarang dapat makan nasi lemak berlaukkan udang harimau goreng tepung. Sedapnya, krup krap dia punya rangup tu..

Tapi dah namanya seafood, tentulah agak mahal bagi harga sepinggan nasi lemak. Namun, jika anda tak cuba, tak jugak kan kesedapannya. Hehe.. ni first time kami makan nasi lemak berlauk seafood seperti udang dan sotong goreng tepung. Biasa makan sambal udang dan sotong je. Memang first experience la..

LIKE, SHARE:

Nasi lemak berlauk udang harimau goreng tepung


Dinner Nasi Lemak Berlauk Udang Harimau Goreng Tepung 



Nak cerita dinner kami malam tadi. Dinner nasi lemak berlauk udang harimau goreng tepung dengan sotong goreng tepung. Satu set hidangan tersebut bernilai RM15.00.

Jom layan gambar hidangan makan malam kami. Delivery man datang tadi, tepat waktu makan malam.

Dinner Nasi Lemak Berlauk Udang Harimau Goreng Tepung

Dapat lihat gàmbar nasi lemak berlauk kami. Itu baru separuh udang je tu.. sebenarnya udang ada dekat 14 ketul kalau tak silap. Anggaran 200 gram. Memang rangup udang harimau goreng tepung ni, dimakan bersama nasi lemak. Yummy!!

Dinner Nasi Lemak Berlauk Udang Harimau Goreng Tepung

Dinner Nasi Lemak Berlauk Udang Harimau Goreng Tepung 

Kalau sesekali korang nak makan nasi lemak berlauk, boleh juga layan lauk yang macam gini. Boleh jadi juga disebut nasi lemak seafood. Nasi lemak western pun ada. 

Tapi jika anda semua lebih suka melayan nasi lemak ayam goreng, itu tak jadi hal. Harganya pun lebih berpatutan berbanding makan nasi lemak seafood seperti sotong atau udang goreng tepung tadi. Hehe..
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments