Manisnya Mangga Harum Manis Kemboja

Advertisement

Manisnya mangga harum manis kemboja

Harum manis kemboja

Manisnya harum manis kemboja. Dah lah buahnya segar-segar, warna isi pun cantik. Harga pun tak mahal sangat. Saya beli 3kg pada harga RM22.00. Biasa orang cari pelam harum manis kemboja ni, bila musim harum manis dah tamat.

Manisnya Mangga Harum Manis Kemboja


Dah pernah rasa mangga harum manis kemboja?. Ramai orang jual sekarang ni. Ada juga yang jual jus pelam harum manis kemboja ni. Rasanya manis, sama macam harum manis Perlis. Tapi harum manis Perlis lagilah gila sedap sebab penanamannya terkawal. Dengan segala teknik moden yang dipraktikkan. Harganya pun tengoklah.. sesuai dengan cara penjagaannya yang agak cerewet.

Asal usul pelam harum manis kemboja ni tak berapa nak pasti. Buahnya hampir sama rupa dengan harum manis Perlis. Tapi masa musim buahnya sepanjang tahun. Selalu ada. 

Tapi kalau harum manis perlis, berbuah sekali je setahun. Buahnya amat harum baunya, dan bila masak warna buahnya menjadi kuning oren. 

Harum manis Perlis berharga dari RM30 sebiji, bergantung kepada jenisnya. Beli 3 biji lebih kurang dekat RM100 harganya. Kena makan dengan perlahan-lahan, hayatinya.. iya lah sebab buah mahal, kan?? ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Manisnya harum manis kemboja


Warna isi dia kuning oren. Lembut dan tidak berakar macam sesetengah buah mangga. Biji dia pun kecil dan pipih. Memang banyak isi dia bila dipotong dadu macam gambar di atas. 

Sedap juga dibuat jus mangga. Sebab isi dia yang lembut, mudah nak kisar.

1 comment:

  1. wak pun beli mangga harum manis kemboja.
    Tak mampu nak beli yang Perlis punya.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.