Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Nak Tahu Khasiat Telur Separuh Masak?

Khasiat Telur Separuh Masak - Nak tahu khasiat telur separuh masak? Telur amat bagus dimakan terutamanya sebagai sarapan pagi. Yang terbaik adalah telur rebus dan telur separuh masak. Kedua-duanya bila direbus, memang banyak khasiatnya. Anda tak tahu? Kena ambil tahu ya.. asalkan jangan ambil telur goreng semasa breakfast sebab ia mengandungi minyak. Tak baik tau pepagi makan benda-benda berminyak dan berlemak. Contohnya nasi lemak! - sesekali tak apa.. hehe

Nak Tahu Khasiat Telur Separuh Masak?

Sarapan pagi dengan telur separuh masak yang mencukupi dan sesuai dengan pekerjaan kita, akan memberikan tenaga cukup sehingga tengahari.

Nak Tahu Khasiat Telur Separuh Masak?


Khasiat Telur Separuh Masak


Ramai yg takut nak makan telur separuh masak tanpa ketahui manfaat nya juga. Telur tidak merbahaya tetapi perlu di ambil dalam kuantiti yang bersesuaian sahaja. Jadi nak tahu apa khasiat telur? Jom baca dulu..

1. Khasiat Protein


Telur mengandungi khasiat protein yang bagus. Kebanyakan para atlet atau pun ahli bina badan mengambil telur sebagai sumber protein untuk membina otot. 1 biji telur yang besar menyediakan protein sebanyak 6g.

2. Sumber Vitamin B


Telur mengandungi khasiat vitamin B2 dan B12. Antara kebaikan vitamin B2 ialah dalam meningkatkan keupayaan metabolisme dan menukarkan sumber makanan yang kita ambil dalam bentuk tenaga. Manakala vitamin B12 pula membantu membina sel DNA dan sel-sel darah merah. Kesemua komponen vitamin B adalah sangat penting menggalakkan sistem saraf yang sihat.

3. Kandungan Anti-Oksidan


Kuning telur mengandungi 2 sumber antioksidan iaitu lutein dan zeaxanthin. Antara kebaikan lutein dan zeaxanthin untuk kesihatan ialah menjaga kesihatan mata. Walaubagaimanapun, kandungan lutein dan zeaxanthin bergantung kepada diet pemakanan ayam. Maksudnya, ambil saiz hidangan ayam berdasarkan keperluan tubuh kita. Barulah khasiat telur tersebut memberi manfaat yang sebenar.

4. Sumber Mineral



Nak Tahu Khasiat Telur Separuh Masak?

Telur juga mengandungi khasiat mineral seperti selenium, molybdenum dan iodin. Mengikut laman World Healthiest Foods sebiji telur yang besar menyediakan 13.5mg of selenium, 7.5mcg molybdenum dan 23.7mcg iodin, hampir menepati standard cadangan keperluan diet harian. Telur juga mengandungi sumber iron yang penting untuk melancarkan perjalanan darah.

#sumber - Google, FB

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close