Kali ni kami order dengan seller jauh sikit, delivery caj dekat RM6.00. Biasanya kita kena tanya caj delivery dulu, kalau setuju baru order. Kalau tak setuju, tak perlu order tapi jangan perlekeh orang lain. Cakap dengan berhemah. Orang pun ada perasaan jugak, betul tak?
Order Durian Crepe Lagi
Sebab belum jemu makan durian crepe, hari ni kita order lagi 2 set durian crepe. Bagi rasa ceria sikit pada anak-anak yang sedang PDPR tu. Hari ni ada ujian, rasa macam baru belajar online, dah ada test penggal pertama persekolahan. Tanya boleh jawab ke, katanya senang je. Cikgu bagi soalan sikit je. Iya lah nak, kalau di beri soalan berjela, korang pandai komplen. haha...
Oh ya.. dalam kononnya nak beli durian crepe, terbeli sekali dengan cheese cake strawberry, blueberry dan Durian cheese cake. Setiap satu dalam gambar berharga RM12.00.


Dalam setiap bekas durian crepe, ada 6 ketul semuanya. Alhamdulillah.. sedap dan secukup rasa manisnya.

Yang gambar atas ni, durian cheese cake. Namun rasa duriannya kurang sikit.

Gambar last ni pula strawberry cheese cake. Yang nampak kecil hujung tu, blueberry cheese cake. Kita orang beli bukan makan sekali gus, makan sikit-sikit buat dessert. Sebab kalau makan sekali hadap, rasa muak tau. Rasa boring baru makan..
Sebab tu, kalau beli banyak macam ni, boleh tahan dekat 2 minggu. Kadang-kadang lupa nak makan. Hmm.. tak pa, ada je yang akan perhabis nanti..
Okay bye! Sekadar coretan santai aktiviti harian kami dan keluarga. Hidup positif, ok 👌👌

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.