Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2021/ 2022 Berakhir Pada 31 Mac 2021

Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2021/ 2022. Permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA telah pun dibuka. Permohonan telah pun mula dibuka sejak 1 Januari 2021 dan tamat sehingga 31 Mac 2021. Manakala, pilihan program pengajian boleh mula di buat mulai 21 Mac 2021. Tarikh tutup pilihan program pengajian adalah pada 31 Mac 2021. Cepat ya, bertindak sekarang. Jangan tunggu last minute tau! 

Permohonan boleh dibuat terus di laman sesawang seperti berikut:

https://upu.mohe.gov.my/


Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2021 / 2022


Harap maklum!!

Pada sesi akademik 2021/ 2022 tiada bayaran proses unik ID dikenakan untuk permohonan kemasukan ke IPTA & ILKA.

KPT melalui siaran media bertarikh 8 Mac 2021 telah mengumumkan bahawa bayaran proses UPU Online UNIK ID yang sebelum ini boleh dibeli di BSN sebagai syarat untuk mengisi borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA telahpun dikecualikan. Segala kos ditanggung oleh KPT. Sila rujuk gambar.
Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2021 / 2022
Sukacita dinaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/ 2022.

Oleh itu, permohonan boleh terus dibuat secara online ke laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/


Semoga permohonan anda semua bakal menerima jawapan yang menggembirakan. Teruskan mengejar kejayaan!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close