Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021 boleh disemak mulai 10 Mac 2021 (Rabu). Semakan boleh dibuat melalui atas talian. Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), sila semak melalui pautan yang diberi dan klik pengesahan penerimaan.

Bagi permohonan yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan, anda boleh memohon di pautan yang sama.

Calon berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang didaftarkan semasa permohonan.

Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di www.mara.gov.my. Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem mymrsm dalam portal MARA.

Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.

Keputusan Tawaran Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 Dan 4 Tahun 2021


Keputusan Tawaran Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 Dan 4 Tahun 2021


Semakan boleh dibuat secara online di:

atau 


Secara SMS


Semakan boleh dibuat melalui perkhidmatan mySMS : 

mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888

Untuk yang sudah dapat SMS terima masuk ke MRSM, bolehlah terus masuk ke website mara.gov.my dan ikuti arahan yang diberikan untuk cetak borang-borang berikut:

  • Surat Tawaran
  • Buku Panduan Pelajar Baru
  • Borang Pendaftaran

(Maaf, direct link ke website untuk setiap item di atas tidak dapat dimasukkan atas sebab-sebab teknikal. Harap maklum.)


Cara Buat Rayuan



Permohonan rayuan ke MRSM dibuka pada 7 April sehingga 30 Mei depan secara atas talian dan pemohon tidak perlu menghantar permohonan fizikal kerana proses dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian.

Ketika mengisi borang rayuan, sila jawab dengan berhati-hati. Antaranya beri sebab yang kukuh mengapa anak anda layak melanjutkan pelajaran ke MRSM. Jangan memilih MRSM, bila dapat keputusan rayuan, terima tawaran tersebut walau lokasi tersebut agak jauh dari tempat tinggal anak-anak. 

Kemudian nanti, bila sudah diterima masuk, minta pula pertukaran MRSM. Insya Allah, boleh dilakukan tanpa masalah.


Semoga kejayaan milik anda semua!!

#sumber

#mara​ #mrsm2021​ #kplb​ #luarbandarsejahtera​ #pendidikanmara

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close