Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Resepi Ayam Masak Kicap Berempah

Resepi Ayam Masak Kicap Berempah. Ayam masak kicap adalah hidangan faveret kami sekeluarga. Kerana, kedua-dua anak bujang kami suka makan dengan kicap. Bila kami masak ayam masak kicap, nah.. memang licin lah dikerjakan oleh dua beradik tu. Kalau raya pun sama, nak ayam masak kicap. Kali ni saya nak share resepi ayam masak kicap berempah, agar menu ayam masak kicap kita nampak pekat dan likat. Tak la rupa dia cair je..

Resepi Ayam Masak Kicap Berempah

Nampak tak ayam masak kicap berempah kami  nampak pekat dan likat. Hehe.. sebab pakai rempah kari. So, dia ada bau kari sikit.


Resepi Ayam Masak Kicap Berempah


Bahan-bahan:


8 ketul ayam - digoreng salut garam dan kunyit
Bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 ulas - halia - hiris
1 batang serai - diketuk
5 tangkai cili hidup - belah 4/ hiris
1 batang kayu manis
1 sudu makan rempah kari daging
Kicap lemak manis secukupnya, kalau nak lebih kuah.. Lebihkan kicap
Garam dan gula secukupnya


Cara penyediaan ayam masak kicap berempah



1. Tumis semua bahan hiris bersama kayu manis dan rempah kari hingga naik bau. Masukkan serai. Gaul rata

2. Masukkan kicap secukupnya. Kacau rata.

3. Masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi, gaul hingga semua ayam kena kuah kicap. Kalau belum masin, perisakan dengan garam dan gula secukupnya


Nota;

Ada setengah kicap dah masin, jadi rasa dulu sebelum tambah garam.


4. Ayam masak kicap berempah telah selamat dimasak dan sedia dihidangkan. Hias dengan hirisan bawang holland atau daun sup, ikut suka.

Selamat mencuba. Jangan malas memasak ya, kerana anak-anak akan mengenang kita dengan masakan air tangan kita. 😁😁
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments