Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis The Penthouse Season 2 Episode 11 & 12

Sinopsis The Penthouse Season 2 Episode 11 & 12. Dalam episode 9 & 10 sebelum ini, kita sudah mengetahui siapa dalang di sebalik kematian Ro Na. Siapa lagi kalau bukan ketua penjahat di Hera Palace iaitu Joo Dan Tee. Kemudian kita disajikan pula dengan perkahwinan palsu antara Joo Dan Tee dengan Cheon Seo Jin. Namun kerana kerasukannya, dia menjerat Yoon Chul dalam pembunuhan Ro Na. Seo Jin menyesal berkahwin dengan Joo Dan Tee kerana dia menyedari bahawa dirinya menyintai bekas suaminya.

Dan plot twistnya adalah Shim Su -Ryeon dan Bae Ro Na masih hidup! 

Sinopsis The Penthouse 2 Episode 11 & 12


Info ringkas Penthouse 2 - War in Life


Tajuk; The Penthouse Season 2 / The Penthouse 2: War in Life
Judul Korea: 펜트하우스 2
Genre: Drama, Keluarga, Thriller, Criminal
Negara: Korea Selatan
Pengarah: Joo Dong-Min
Penulis Skrip: Kim Sun-Ok
Produser: Kim Sang-heon, Jo Hyeong-jin
Rumah Produksi: Studio S, Chorokbaem Media
Jumlah Episode: 12 Episode
Tempoh tayangan setiap episod: 75 minit
Stesyen TV: SBS, VIU,
Mula Tayangan: 19 Februari 2021 – 27 Mac 2021
Jadual Tayang: Jumaat dan Sabtu, Pukul 22:00 KST (GMT+9)

Para pelakon : Lee Ji Ah, Uhm Ki Joon, Kim So Yeon, Yoon Jong Hoon, Eugene dan Park Eun-Seok dan ramai lagi.

The Penthouse Season 2 akan mula ditayangkan di saluran ONE 393 pada pukul 9.45 malam setiap Sabtu & Ahad mulai 20 Februari 2021.



Sinopsis The Penthouse 2 Episode 11 & 12



Spoiler episode 11 yang disiarkan.. apa jadi dengan Shim Su-Ryeon (Na Ae Gyo) agaknya? Adakah dia dibunuh oleh Joo Dan Tee kerana penyamarannya telah terdedah? 

Dapatkah Logan Lee menyelamatkan Shim Su Ryeon  kali ini? Baiklah.. Kita tengok sinopsis episode 11

1. Joo Dan Tee dan orang-orangnya melihat Logan Lee bersama Na Ae Gyo (Shim sR) bersama. Na Ae Gyo berpura-pura tidak mengenali Logan Lee. Lalu orang-orang Joo Dan Tee telah menangkap Logan Lee dan menbelasahnya.

Setelah menyelamatkan Seo Jin, wanita itu meminta Yoon Hee membantunya membetulkan keadaan dan membalas dendam terhadap Joo Dan Tee.

2. Logan Lee masih juga mengekori Na Ae Gyo dan mendesak wanita itu mengakui bahawa dia sebenarnya Shim su-Ryeon. 

Logan Lee menyesali ketika meninggalkan Shim su Ryeon dahulu, kerana gagal melindungi wànita tersebut.

Joo Dan Tee menyangka bahawa dia berjaya menangkap Logan Lee tapi sebaliknya, Logan Lee telah diselamatkan oleh Mr Hong.

Shim Suryeon mengatakan kepada Logan Lee bahawa dia telah mati 2 tahun dulu. Kini dia hidup sebagai Na Ae Gyo demi membalas dendam kepada Joo DanTee.

Shim suryeon menyuruh Joo Dan Tee menggadaikan Penthouse untuk membayar wang bidaan.

Shim suryeon membuka sebuah peti/pintu bilik yang di sorok di bawah meja dan pintu itu menuju ke bawah tanah dengan menggunakan kunci yang ditemuinya. Dia amat terkejut dengan isi di dalamnya. Apakah isi peti tersebut? Rupanya, ia pintu ke bilik bawah tanah.

3. Ro Na masih hidup kerana dia berjaya menghubungi Seok Hoon. Shim su Ryeon sengaja memalsukan kematian Ro Na seperti mana dia menyelamatkan anaknya Hye In yang mahu dibunuh oleh Joo Dan Tee dulu. 

4. Seok Hoon bertemu dengan Shim suryeon dan dia amat gembira yang ibunya masih hidup. 

5. Seo Jin terus diugut dan didera fizikal dan mental oleh Joo Dan Tee sehingga wanita itu mahu nenuruti segala kehendaknya. JDT juga tidak dapat menjamin bahawa Eun Byeol akan selamat selamanya. Seo Jin rasa amat tertekan dan berjanji akan membunuh JDT dengan tangannya sendiri.

Oh Yoon Hee sudah menyedari bahawa Shim suryeon masih hidup. (Flashback: yang terbunuh dulu adalah Na Ae Gyo, kerana bertukar tempat dengan Shim suryeon). 

6. Ha Yoon Chul masih tidak percaya jika Ro Na adalah anak kandungnya. Mungkin ketika dia curang dengan Seo Jin, Yoon Hee telah hamil anaknya, Ro Na.

Oh Yoon Hee bertemu Joo Dan Tee dirumahnya. Dia bertanya mengapa beliau membatalkan kontrak pembelian hartanah di Daerah Cheonso.

JDT masih belum menyedari penyamaran Shim Su ryeon (Na Ae Gyo). Ada scence dimana Oh Yoon Hee bertanyakan adakah Na Ae Gyo telah menipu Joo Dan Tee? Joo Dan Tee sangat marah.

Dalam usaha menyelamatkan diri, Shim suryeon diselamatkan oleh Logan Lee dengan menunggang motorsikal. 

7. Joo Dan Tee mahu membunuh Na Ae Gyo dan memaksa pihak polis menggeledah rumah Na Ae Gyo. Sewaktu Na Ae Gyo sedang dikejar oleh sebuah kereta mungkin Joo Dan Tee, Na Ae Gyo (Shim suryeon) telah membuat panggilan telefon kepada seseorang. 

8. Seseorang telah berkata Na Ae Gyo telah meninggal dunia malam tadi, tetapi Shim su Ryeon terselamat. Siapakah yang meninggal dunia sebenarnya?
Sebenarnya pembunuhan Na Ae Gyo telah dirancang bersama dengan Yoon Hee dan Seuk Hoon. Mereka pura-pura telah membakar mayat dan letak abu mayat dalam bilik rahsia Joo Dan Tee. Sekarang ini, yang hidup adalah Shim suryeon.

Seo Jin juga memainkan peranan bersubahat bersama-sama untuk memerangkap Joo Dan Tee.

Bagaimana nasib Joo Dan Tee agaknya? Adakah beliau terselamat? Kita tunggu siarannya nanti ya..

Sinopsis episode 12:


1. Pihak polis yang menggeledah cottage Joo Dan Tee menemui Shim suryeon dan Ro Na di bawah pintu rahsia. Mereka diselamatkan. Itu semua hanyalah rancangan Suryeon, Yoon Hee, Seuk Hoon dan Seo Jin untuk memerangkap JDT.

2. Joo Dan Tee tidak mengakui semua tuduhan ke atasnya. Sebaliknya dia menuduh Seo Jin dan Yoon Hee bersubahat.

3. Shim suryeon dan Bae Rona bersepakat menipu memberi testimoni kepada pihak polis.

4. Seo Jin meminta En Do menyediakan surat perceraian dengan Joo Dan Tee. Sementara itu, Seuk Hoon meminta Seuk Kyung datang ke Cheonga Medical Center untuk bertemu ibu mereka.

5. Seo Jin amat terkejut bila mengetahui Suryeon masih hidup. Adakah ini semua rancangan suryeon untuk membalas dendam terhadapnya?

6. Seo Jin cuba bertemu Yoon Hee tetapi wanita itu mengabaikannya. 

7. Seo Jin pulang untuk bertemu Eun Byeol namun pihak polis datang menangkapnya kerana kesalahan bersubahat dengan Joo Dan Tee.

Ms Jin menghalang Eun Byeol daripada berhubung atau bertemu ibunya. Ms Jin nampaknya begitu fanatik terhadap Eun Byeol.

8. Yoon Hee menulis surat kepada Yoon Chul dan Shim suryeon. Dia telah memaafkan Yoon Chul tetapi menyalahkan diri sendiri atas kematian Seol A. Semua orang mencari Yoon Hee namun Yoon Hee telah tidak dapat dihubungi.

Apakah akan berlaku pada Season 3 Penthouse nanti? Adakah Joo Dan Tee berjaya dihumban ke dalam penjara? 

Atau adakah Logan Lee akan membebaskannya kerana JDT telah memeras ugit ayahnya?

Jumpa seterusnya dalam season 3 akan datang. Sama-sama kita nantikan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close