Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Terapi Stress Dengan Membeli Belah

Cara Terapi Stress Dengan Membeli Belah. Siapa yang tak suka shopping, kan? Walau tak ada duit, dengan window shopping pun boleh menghilangkan stress. Kita ni ada waktu tertentu diserang stress. Bila agaknya? Mungkin awal bulan, tengah bulan atau akhir bulan? Sebab ada waktu tertentu jika kita seorang pekerja, bos akan meminta pelbagai laporan, pembentangan prestasi, closing account, dan banyak lagi. Waktu tertentu itulah stres akan memuncak yang memerlukan kita mencari terapi untuk diri sendiri.

Jika secara umumnya, terapi diri bila stres boleh dilakukan dengan berzikir, membaca al Quran, melihat kehijauan alam atau melihat air sungai.

Tetapi, selain itu ada juga menambah cara tersendiri untuk hilangkan stres. Caranya dengan bershopping. Bercakap soal terapi diri dengan shopping, sekarang ni nak shopping amatlah mudah! Tak payah keluar rumah pun boleh berhabis ribuan ringgit sehari. Betul tak?? Itu yang bahayanya, tak ada berpanas, tak perlu berjalan dari satu kedai ke satu kedai, cukup dengan berbaring santai dah boleh membeli belah. Memang dangerous kan??


Cara Terapi Stress Dengan Membeli Belah


Shopping atau membeli belah adalah salah satu terapi yang agak mahal kosnya, tetapi jika sekadar window shopping tak mengapa la... kurang sikit kos.. hehe

Cara Terapi Stress Dengan Membeli Belah

Apa yang saya beli dalam tempoh terapi stres saya?

1. Beg tangan & wallet

2. Jam tangan

3. Gajet dapur/ memasak

4. Barang kemas, kebanyakannya window shopping

5. Beli baju blouse

6. Beli makanan seperti cheese cake leleh, choco jarr, 

7. Menulis dalam blog, topik santai (ini bukan shopping ya😁😁) 

Apa keburukannya jika kita suka shopping sebagai terapi stress? Ya.. kita akan membeli sesuka hati apa je yang kita nampak ianya cantik, comel dan menggembirakan kita. 

Kadang-kadang saya akan beli handbag sekali 4 hingga 5 warna asalkan saya fikir ianya cantik. Tetapi tengok harga juga la.. kalau handbag berharga lebih seribu ringgit, saya akan beli satu je.. 😀😅

Begitu juga jam tangan, hinggakan dalam sebulan sekali mesti nak cari satu jam tangan baru. Tapi jika benar-benar stres, baru saya beli.

Blouse dan skirt, salah satu kegemaran saya juga. Beli banyak-banyak.. bila tak sesuai beri kepada kakak atau anak sedara atau pada kekawan. 

Yang tak bagusnya terapi shopping untuk hilangkan stres ni adalah perbuatan membazir. Iya betul, terutamanya membazir wang ringgit. Bila dah beli dan wang selalu menyusut, kita baru rasa menyesal. 

Jadi, terapi shopping mungkin bagus bagi sesetengah orang yang mampu, tetapi bagi kita yang memiliki kemampuan yang terhad, baik cari cara terapi lain untuk hilangkan stress. Mungkin dengan bersenam, memasak, mengemas rumah dan bercucuk tanam. Betul tak?

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close