Baca juga:
Beli Buah Dokong Manis Dan Segar. Rasa isinya manis, tak berbiji. Kalau kena yang buah dokong saiz besar, ada juga biji dia. Kena makan pelan-pelan. Karang ada yang tercekik biji dokong pulak. Ya dak?

Beli Buah Dokong Manis Dan Segar
Dari batang dia dah tahu segar, bila kita kupas kulit dokong ni, pun, ada getah putih keluar. Manis sangat rasanya tapi tangan teruk la, lekat dengan getah. Tapi tak pe, sebab buah dia manis dan segar, yang getah tu kita settle kemudian 😂😂

Buah dokong yang siap di kupas kulit itu milik anak bujang bongsu saya. Oleh kerana dia agak malas nak makan sebab bergetah, maka saya siap kupaskan supaya cepat sikit stok buah dokong ni habis. Bukan apa.. kerana manisnya buah dokong ni, telah memanggil banyak semut datang berkampung..

Lihat lah buah dokong ni, memang manis sangat. Tak jumpa yang masam pun. Dah rezeki kami dapat makan buah dokong yang manis dan segar. Minggu lepas pun beli buah manggis, semua pun elok dan manis.
Lepas ni kita cari buah naga pulak, macam teringin nak makan. Lepas tu bubuh air batu, kita bagi potong kecil-kecil. Almaklum musim cuaca panas kering ni, memang buah-buahan yang berair jadi idaman.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.