Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

8 Gambar Kenali Durian Yang Popular Dan Beza Rasanya

8 Gambar Kenali Durian Yang Popular. Gambar-gambar durian yang mungkin kita tak berapa kenal, kerana beranggapan baunya semua sama saja. Mesti semua durian adalah sama.. hehe, walau bau sama tetapi rasanya berlainan. 8 gambar yang saya share ni adalah perkongsian dari pihak FAMA iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA), merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buhan serta produk -produk industri asas tani.

Ada banyak jenis durian, nama yang pelik-pelik sebab kebanyakan durian menggunakan kod-kod saintifik. Yang paling glamour dan saya selalu dengar adalah durian jenis D24. Yang lain kita sebut guna nama seperti Musang King, Udang Merah, IOI, Durian kampung dan sebagainya. 


8 Gambar Kenali Durian Yang Popular


Haiii.. peminat raja buah sekalian. Nah, saya kongsikan gambar-gambar jenis durian yang popular di Malaysia. Kalau tak makan durian, rugilah!


1. D197 - Musang King/ Raja Kunyit

Antara durian yang mahal harganya. Jika musim durian baru bermula, harganya mencecah RM85 per/kg. Dan ada yang berani jual pada harga RM130 per/kg.

8 Gambar Kenali Durian Yang Popular Dan Beza Rasanya

Kenali bentuk luar kulit durian king dan jangan tertipu dengan klon durian musang king ya. Nak senang kenal, pada bucu bawah buah, berbentuk star @ bintang.

8 Gambar Kenali Durian Yang Popular Dan Sedap Rasanya


2. D24 - 

8 Gambar Kenali Durian Yang Popular Dan Beza Rasanya

3. D168 - IOI/ Mas Muar


4. D175 - Udang Merah/ Ang Hee

Udang merah antara jenis durian yang saya suka. Ruas isinya kecil kurus dan memanjang. Warnanya kuning oren gelap seakan-akan merah. Manis sangat, tetapi disulami rasa lemak bila masuk ke mulut. Durian jenis udang merah sedap dimakan begitu saja, bila dibuat bubur kacang tak berapa sedap. 

Kat tempat saya, harga durian udang merah dijual pada RM18 - RM22 per/kg.

8 Gambar Kenali Durian Yang Popular Dan Beza Rasanya

5. D888 - Durian Kampung 

Ya betul, durian kampung ni ada rasa vanilla sikit, tak lah pekat sangat rasanya. 

8 Gambar Kenali Durian Yang Popular Dan Beza Rasanya


6. D24 - XO


7. D 13 - Golden Bun

8 Gambar Kenali Durian Yang Popular Dan Beza Rasanya


7. D200 - Black Thorn

Dengarnya inilah durian paling mahal dalam pasaran sekarang, 1 kg @ sebiji boleh berharga RM430!!

8 Gambar Kenali Durian Yang Popular Dan Beza Rasanya

** Durian adalah buah-buahan bermusim yang kaya khasiatnya. Pemakanan durian sebenarnya elok diamalkan kerana mengandungi potasium yang baik untuk kesihatan jantung.

** Selain mengandungi 1,060mg potasium, durian juga membekalkan sumber vitamin C, tenaga dan mineral.

** Isinya yang lembut, enak dan kekuningan itu bukan sekadar menjanjikan kesedapan tidak terhingga bagi pencinta durian, malah ia juga kaya dengan fiber, baik untuk proses penghadaman dan sembelit.

Lain-lain khasiat buah durian


1. Dapat mengatasi anemia kerana durian kaya akan asid folat dan zat besi.
2. Selain itu kulit durian yang dilumatkan dan disapukan ke perut dapat memudahkan buang air besar.
3. Melambatkan proses penuaan kerana mengandung vitamin C sebagai antioksidan.
4. Meningkatkan tekanan darah yang rendah kerana mengandungi zat besi dan sifatnya yang panas.
5. Mengatasi bengkak.
6. Mengubati penyakit ruam pada kulit (kurap).
7. Baik untuk kesihatan tulang dan sendi kerana mengandungi kalsium, potasium, dan bermacam jenis vitamin B.
8. Buahnya boleh dijadikan ubat penyakit kuning.
9. Meningkatkan nafsu makan kerana mengandungi niasin dan thiamin.
10. Kandungan Riboflavin (vitamin B2) dapat membantu mengatasi migrain.

Dah kenal bentuk kulit, isi dan warna durian-durian yang popular di Malaysia? Bentuk dalam memang ada perbezaannya, kecuali luaran iaitu bahagian kulit durian yang agak sukar untuk dikenali jika kita tak biasa. Tetapi bagi pekebun durian, penjual durian.. mereka amat mahir tentang semua itu. Dah pakar durian kan...

Semoga maklumat di atas bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close