Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Selamat Menyambut Aidiladha 1442H Kepada Semua

Selamat Menyambut Aidiladha 1442H Kepada Semua. Datangnya 10 Zulhijjah saban tahun bermakna tibalah bulan untuk berkorban! Korban binatang peliharaan, korban segala perangai tak baik, kita buang jauh-jauh. Kita ambil kisah pengorbanan rasulullah dan para sahabat, menjadikan ia sumber inspirasi dalam kita berjuang pada waktu pandemik melanda seluruh dunia ketika ini. Kita kena kuat!! Kita mesti menang!

Dalam menjelang perayaan aidiladha ini, ada banyak amalan dan perkara sunat yang kita boleh lakukan, contohnya seperti melebarkan salam dan ucapan Kepada Muslimin Dan Muslimat Di Seluruh Dunia, mengingati kebesaran Allah dan Rasulnya dan melakukan ibadah korban samada untuk bersedekah atau korban untuk keluarga sendiri. Lebihkan juga bertasbih dan bertakbir dan bertahmid tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT.

Selamat Menyambut Aidiladha 1442H Kepada Semua


Selamat Menyambut Aidiladha 1442H Kepada Semua


"Saat berderai jatuh, titisan airmata Ibrahim, melihat keteguhan iman anaknya Ismail, dikala itulah bermulanya sejarah agung.. Erti Sebuah Pengorbanan. SALAM AIDILADHA."

Saya mengucapkan salam aidiladha kepada pembaca tersayang di blog ini. Semoga kita semua dapat mengambil inspirasi dari cerita dan kisah pengorbanan Rasulullah dan para sahabat yang kita muliakan.

Aidiladha bukan sekadar meraikan kegembiraan malahan disebaliknya untuk kita menginsafi golongan yang kurang bernasib baik lantas kita sama-sama mengeluarkan sebahagian harta yang kita mampu dan membantu mereka yang memerlukan.

Sunat melakukan ibadat korban,

Dalam al Quran surah al Hajj, ayat 37..
(Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredhaan Allah) tidak dapat diterima di sisi-Nya (tetapi ketakwaan daripada kalianlah yang dapat mencapai keredhaan-Nya) iaitu yang dapat sampai kepada-Nya hanyalah amal soleh yang ikhlas disertai iman. (Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kalian supaya kalian mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya) iaitu atas petunjuk-Nya yang telah membimbing kalian sehingga dapat mengetahui pertanda-pertanda agama dan manasik-manasik haji-Nya. (Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik) iaitu orang-orang yang mentauhidkan Allah.

Salam aidiladha kepada semua umat islam di seluruh dunia.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close