Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Takut Allah Atau Takut Virus??

Takut Allah Atau Takut Virus?? Tentulah dengan yakin kita akan jawab takut Allah. Tapi macam mana dengan virus yang sedang melanda seluruh dunia ini? Ya.. Virus pun makhluk Allah. Jadinya, kita takut Allah dan sekaligus kerana takutkan Allah la kita mengikuti segala suruhanNya. Dan mengelak dari melakukan perkara yang tidak disukainya.

Justeru, kita mestilah mengikut segala arahan pemimpin selagi mana arahan tersebut tidak menyuruh kita melakukan kemungkaran. Kita kenalah berhati-hati menjaga nyawa dan keselamatan diri sendiri jika kita takutkan Allah. Sesungguhnya Allah yang memiliki segalanya dan seisi alam ini adalah dalam genggamanNya.
Takut Allah Atau Takut Virus??

Ramai yang mempersoalkan takut Allah atau akut virus?? Untuk menambahkan pencerahan kita terhadap persoalan ramai itu, marilah kita baca dan renungkan jawapan dari bekas Mufti Singapura iaitu Sdr Fatris Bakaram.

Takut Allah atau takut virus?'


Dia menjawab;

Manusia perlu takut kepada Allah, dan di antara bukti takut kepada Allah adalah mematuhi segala perintahNya.

Di antara perintahNya adalah;

1. Mensyukuri nikmat nyawa, tubuh badan dan kesihatan;

2. Memelihara kesihatan, nyawa dan hal mudarat;

3. Taat kepada perintahNya dan ajaran Rasul, yakni menyuruh kita untuk mengelak dari wabak;

Maka, jika benar takut Allah  semua langkah untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan perlu diambil.

Dia turut memberi nasihat;

Takut kepada Allah memerlukan kewarasan akal, bukan dengan membutakan mata hati atau membekukan otak yang dikurniakan tuhan.

Ada yang berkata begini, “Kenapa nak takut, Virus itu juga makhluk Tuhan?”

Beginilah :-

Pergilah berenang di sungai penuh buaya, redha kerana buaya juga makhluk Tuhan;

Pergi ke lautan penuh dengan jerung, redha kerana jerung juga makhluk Tuhan;

Pergi masuk hutan penuh dengan ular, redha kerana ular ialah makhluk Tuhan;

Pergi lah ke zoo, masuk kandang singa, jangan takut dan redha, singa juga makhluk Tuhan.

Firman Allah (bermaksud):

”Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.”  (Surah Al-Baqarah, ayat 195).

Firman-Nya juga (bermaksud):

”Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” (Surah al-Nisa, ayat 29).

Dalam erti kata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan adalah tuntutan Islam. 

Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri. Nabi SAW ketika berbicara tentang Taun menyebut (bermaksud):

"Jika kamu mendengar Taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar. Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak Taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadis ini. .Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat. Sabda Nabi SAW:

Takut Allah Atau Takut Virus??


"Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).


Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafie), kebanyakan Salaf dan keseluruhan Khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya. Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”.

Semoga ada manfaat buat kita semua. Aamiinnn

Via fb : Dr Isahak Ghani

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close