Saya pandai ke buat kuih pau? Pau yang lembut gebu ni, bukan pau sambal.. hehe, jawabnya pandai je. Saya pun pernah share dulu - resepi pau gebu lembut, tetapi step by step nak buat dia agak leceh, maka lebih baik saya beli yang frozen punya. Betul tak?
Namun ada juga yang menjual pau di gerai-gerai tepi jalan waktu pagi untuk sarapan tetapi menhidangkan hasil yang mengecewakan. Kita berniaga biarlah jujur ya..



Nampak tak pau tanjung yang gebu gebas tu. Mudahnya nak buat dia, kukus 2 minit je, dah boleh dimakan. Anggaran 2 - 5 minit tu boleh dah dimakan begitu saja..

Pau tanjung frozen, comel-comel saiz dia mudah dimakan. Anak-anak sememangnya suka akan pau tanjung ni atau apa-apa jenama pun. Asalkan hasilnya selepas dikukus ia jadi lembut gebu di luar dan di dalam.

Sarapan Pau Tanjung Yang Lembut Gebu
Pau tanjung ada banyak perisa tetapi kami beli perisa kacang merah dan coklat. Itulah kegemaran seisi rumah. Hehe..
Kami beli yang frozen punya kemudian buat stok untuk mudah nak sediakan sarapan pada family.



Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.