10 Perkara Yang Merosakkan Otak

10 Perkara Yang Merosakkan Otak. Otak manusia adalah organ yang paling berat dalam tubuh manusia. Jika otak waras, insya Allah kita mampu mengawal segala tindak tanduk kita dan hidup dalam keadaan yang kita impikan. Jagalah otak kita dengan memberi 'makanan" atau vitamin yang sesuai. Otak juga perlukan makanan seperti perut kita juga.

Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak mengingati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.

10 Perkara Yang Merosakkan Otak


10 Perkara Yang Merosakkan Otak


Otak adalah anggota tubuh atau organ yang amat penting kepada manusia. Dengan otak yang sihat dan waras, kita dapat membuat pertimbangan yang wajar terhadap sesuatu perkara dalam perjalanan hidup seharian. Jom kita lihat apa punca kerosakan otak agar kita dapat mengambilnya sebagai panduan.

1- TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI


Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut..

2- TERLEBIH MAKAN


Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan dan menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini menyebabkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3- MEROKOK


Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4- MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN


Gula yang berlebihan dalam badan menganggu penyerapan nutrisi dan protein. Ia juga boleh menggangu perkembangan otak yang sihat.

5- MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR


Otak merupakan pengguna oksigen yang terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga boleh mendedahkan kita asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

6- TIDUR YANG BERLEBIHAN


Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7- TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA


Tidur sambil meniarap dan menutup muka dengan bantal atau menutup muka dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8- KURANG BER IMAGINASI


Berfikir merupakan satu cara yang paling baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9- JARANG BERFIKIR


Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak.

10- TIDAK MEMBACA ALQURAN


Alquran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t . Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkan daripada rosak. Tidak membacanya akan menyebabkan otak menjadi dungu.

10 Perkara Yang Merosakkan Otak. Setelah anda semua membaca info di atas, di harap ia dapat membawa perubahan kepada kita, untuk hidup baik-baik.

Post a Comment

0 Comments

close