Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Kelebihan Bangun Dan Senaman Awal Pagi

Kelebihan Bangun Awal Pagi Dan Senaman Seawal Pagi. Memang bangun awal pagi bagus untuk kesihatan, dan apatah lagi jika dapat bangun awal setiap pagi dalam waktu yang lebih kurang sama.. kesihatan tubuh pun baik, minda cergas, fikiran jadi lebih tenang. Bila kita bangun awal pagi seperti kebiasaan, insya Allah perjalanan rutin aktiviti harian pun jadi teratur. Kerana Allah pun janjikan rezeki bagi mereka yang berpagi-pagian telah mula keluar mencari rezeki.

Burung-burung pun bangun awal pagi, berterbangan mencari rezeki.. inikan pula kita manusia yang perlu makan untuk hidup.

Kelebihan Bangun Dan Senaman Awal Pagi


1. Mudah bangun pagi


Jika anda tidak konsisten bangun pagi, badan anda keliru dan tidak dalam keadaan bersedia terhadap sesuatu cabaran. Ia menjadi penyebab mengapa selalu badan rasa letih, lesu dan kurang bermaya. Jika sudah biasa dengan senaman seawal pagi, badan jadi terlatih dengan aktiviti tersebut. Urat badan yang tegang, boleh jadi lembut dan pergerakan kita jadi lebih selesa seawal pagi.

Kelebihan Bangun Dan Senaman Awal Pagi

2. Aliran darah lebih baik


Bangun seawal pagi dan melakukan senaman sesudah itu, aliran darah menjadi lebih baik. Kerja yang dirancang pun dapat dilaksanakan bila aliran darah dalam tubuh bertugas sesuai dengan aktiviti kita sejak awal pagi.

Kelebihan Bangun Dan Senaman Awal Pagi

3. Peka dengan pilihan breakfast


Bila dah terbiasa bangun pagi, kita jadi peka dengan pilihan sarapan yang sesuai dengan tekak dan jadual diet kita, jika kita sedang berdiet sihat. 

Kelebihan Bangun Dan Senaman Awal Pagi

4. Badan dan minda lebih segar


Natijahnya, badan dan minda lebih segar. Ia memang telah terbukti dari dahulu lagi. Sejak dari zaman kerja kilang Jepun dulu semasa tunggu keputusan SPM, saya memang dah terdedah dengan senaman ringan seawal pagi. Semua staf semua peringkat akan bersenam sebelum masuk kerja. Datang mesti kena awal, jika tidak punch card merah. Hehe.. 

Memang sepanjang kerja di kilang dulu, badan sentiasa segar, pantas dan cergas.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments