Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Kuih Lapis Sedap Lemak Dan Lembut Sukatan Cawan

Kuih Lapis. Kuih Lapis Sedap Lemak Dan Lembut Sukatan Cawan. Marilah kita belajar buat kuih lapis pula, kuih lapis simple dua warna yang biasa kita makan waktu minum petang, makan dengan kopi 'O' pun sedap. Kuih lapis biasanya disediakan sewaktu ada kenduri tahlil, acara santai minum petang bersama keluarga atau ada juga banyak disediakan di hotel-hotel ketika ada seminar. Kenapa agaknya kuih lapis jadi pilihan penyedia makanan ataupun pihak caterer? Hihi... tentulah kerana kos dan cara memasaknya yang amat mudah. Betul tak?

Kuih Lapis Sedap Lemak Dan Lembut Sukatan Cawan

Kuih lapis berwarna warni yang gabungkan warna yang menarik memang membuka selera betul. Makan dengan kopi 'O' pun sedap kan kekawan.. 

Kuih Lapis Sedap Lemak Dan Lembut Sukatan Cawan
Gambar sumber dari Google

Resepi terbaru !!! Video & Resepi Air Sagu Gula Melaka Ala Chef Khairul Aming!

Biasanya mak saya buat kuih lapis simple aje, bahan asasnya tepung gandum dengan santan serta pewarna merah kegemarannya. Tetapi, dalam resepi yang saya kongsikan di bawah, ada tambahan tepung jagung untuk jadikan rasanya lebih lemak, lembut dan lazat.

Nak tahu tips permukaan kuih lapis anda licin dan cantik? Nak tahu kuih lapis tak melekat di pisau?? Baca dihujung resepi nanti ya...


Kuih Lapis Sedap Lemak Dan Lembut Sukatan Cawan



Kuih lapis sukatan cawan ini saya kongsikan resepinya dari Yatie Memories dan siarkan semula di blog ini untuk manfaat bersama. Anda boleh pergi ke blog beliau yang dipenuhi dengan aneka resepi yang sedap-sedap. Antara blogger masakan otai.. hehe

❤❤ Cuba resepi lain:

🎶  |Cara Buat BROWNIES MILO sukatan cawan.. mudah tapi SEDAP|
🎶 Kuih Lapis Pelangi Sukatan Gram Lebih Sedap


Bahan-Bahan

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cawan santan pekat campurkan bersama 3 cawan air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara Menyediakan Kuih Lapis Sedap Lemak Dan Lembut Sukatan Cawan


1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. 

5. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. Boleh tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

6. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.

Resepi Kuih Lapis Sedap Lemak Dan Lembut Sukatan Cawan
Gambar hiasan kuih lapis

Sudah siap resepi kita untuk kali ini, semoga ia bermanfaat kepada pencinta kuih muih tradisional yang sedap, cantik dan kosnya berpatutan. Kuih lapis pun jadi kegemaran mak saya dan mertua saya kerana teksturnya yang lembut serta mudah dikunyah.


✅ Resepi -  9 Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Cairkan Lemak Dalam Badan



NOTA/ Tips:

✔ Untuk setiap resepi boleh gunakan cawan dan sudu sukatan metrik

✔ Untuk memastikan permukaan kuih lapis cantik dan licin buka penutup pengukus setiap 5 atau 10 minit dan sentiasa di lap penutupnya dan sambung lagi mengukus.

✔ Apabila kuih lapis sudah masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih lapis cepat basi.

Selamat mencuba.

Tudung kanak-kanak

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments