Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Cincin Emas 916 Simpan Untuk Pelaburan

Beli Cincin Emas 916 Simpan Untuk Pelaburan. Saya dah mula kumpul emas sebagai salah satu cara pelaburan saya. Semasa ada rezeki lebih ini, saya beli. Mudah je, tak payah bersesak-sesak. Semuanya atas talian je. Cincin emas 916 yang baru sampai ke tangan adalah cincin emas yang dipanggil "ombak rindu" dan saya beli dengan kedai emas terpercaya dan terkenal. Jangan risau kalau nak beli barang kemas secara online ya, parcel kita dilindungi insurans. Tenang-tenang je..

Beli Cincin Emas 916 Simpan Untuk Pelaburan

Beli Cincin Emas 916 Simpan Untuk Pelaburan

Beli Cincin Emas 916 Simpan Untuk Pelaburan


Beli Cincin Emas 916 'Ombak Rindu' Simpan Untuk Pelaburan


Kalau nak beli emas online, kena check dulu ya, latar belakang kedai emas tersebut. Tengok dia selalu ada buat live atau tidak. Barang kemas yang dijual tu wujud atau tidak.. ni semua kena siasat dulu, barulah beli dan bayar. Hati-hati, sebab ramai scammer dah menceburi bidang jual beli emas ni.

Sejak kebelakangan ini, saya macam berminat tentang emas melebihi dari biasa. Saya suka tengok gaya orang menjual dan melakukan operasi kedai emas. Mungkin ada dalam niat di hati, nak bukak kedai emas satu hari nanti. Jika Allah izinkan dan ada rezeki, apa salahnya. Betul tak?

Beli Cincin Emas 916 Simpan Untuk Pelaburan




Inilah cincin emas ombak rindu yang saya beli. Berat 5.56 gm, harga masa saya beli adalah RM1,582.00. Tapi kenalah siap-siap ukur sendiri jari jemari itu. Cara nak ukur pun ada banyak ditunjukkan dalam youtube. Hehe..

Pelaburan terbaik adalah dalam bentuk wang tunai dan emas. Selain kita boleh guna apabila kita suka dan untuk sesuatu acara, emas juga boleh digadaikan jika kita memerlukan wang pada masa terdesak nanti. 

Jika nak konsisten beli emas dengan harga berpatutan, anda boleh beli emas yang tidak perlu bayar upah. Ramai je peniaga emas yang tidak mengenakan upah terhadap emas yang dijual. Jadi, anda tidak perlu menanggung kos yang tinggi untuk memiliki emas.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close