Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Nak Berjaya Dalam Diet?

Diet. Nak berjaya dalam diet?? Kena ada persekitaran yang proaktif, kondusif dan kawan-kawan yang sealiran. Jika kamu sorang yang nak berdiet tetapi yang lainnya kaki mengusik atau kaki sindir, baik tak payah berkawan dalam kalangan mereka itu. Sebab itu, persekitaran lingkungan kawan-kawan kita tu amat penting sewaktu kamu dalam proses berdiet.

Diet adalah proses mengawal pemakanan dan senaman sesuai dengan keperluan tubuh. Ia bukan satu proses pendek yang boleh mendapat hasilnya sehari semalam. Jadi, nak berjaya dalam diet, kena lah kuat semangat berterusan melakukannya walau orang lain dah putus asa. Barulah ada kejayaan namanya.. 😅😁

Nak berjaya dalam diet?


Nak Berjaya Dalam Diet? Inilah Caranya!


Nak berjaya dalam apa jua terutamanya diet, anda harus kena sabar dan kuat. Di sini saya kongsikan nasihat dari sifu diet di FB iaitu tuan Arif Sukri. Mereka yang berjaya dalam diet itu adalah,

1. Tak tunggu sempurna baru nak mula. 

2. Konsisten dengan jadual dan rutin diet yang dibuatnya. 

2. Tak peduli tentang mulut dan sangkaan orang padanya. 

4. Mula dengan berperingkat. Kemudian upgrade sampai mahir semuanya. 

5. Tak hiraukan progres dengan penimbang sahaja. 

6. Jarang sekali buat diet dengan menahan lapar sampai kempunan.

7. Buat kawalan pemakanan, bukannya sepenuhnya sekatan larangan. 

8. Hargai setiap progress diet sepanjang perjalanan.

9. Sentiasa upgrade ilmu untuk tambahkan pengetahuan. 

10. Buat untuk diri sendiri. Tak melambung dengan pujian tak termakan dek kejian.

Inilah antara ciri-ciri golongan yang akan berjaya dalam diet ini. Dapat salah satu daripada ini pun sebenarnya kalian sudah selangkah untuk berjaya. 

Yang penting apa juga rutin diet pastikan ia buat anda gembira, boleh ikuti aturannya dan ada perkembangan pada setiap langkahnya. Ingatlah. Tak penting pun turun pantas berganda.

Asal dapat istiqamah sepanjang masa. Itulah yang paling luar biasa. 

Sumber FB: Arif Sukri 
Jemput semua untuk follow Channel saya di sini➡️ https://t.me/ustazfitness. Kat sini saya share banyak lagi ilmu kesihatan dan fitness.

Semoga perkongsian di atas menambahkan kefahaman dan kuat semangat dalam melakukan diet yang kita rancang. Jangan diet sekerat jalan, kerana sampai bila-bila anda akan tersekat di takuk lama. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close